Search
Similar topics
Latest topics
Top posters
Admin | ||||
yying98 | ||||
Yan6601 | ||||
Ivy99 | ||||
Irene Siah | ||||
wongschai | ||||
acesilmy | ||||
Anderson | ||||
PhyliciaWong96 | ||||
maiyani |
Poll 网上调查
Statistics
We have 1011 registered usersThe newest registered user is Lakshmi21
Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Beri tumpuan pendidikan awal
Page 1 of 1
Beri tumpuan pendidikan awal
2010/10/13
Wanita digesa beri didikan seawal usia 4 tahun lahir kanak-kanak berilmu, kreatif
SERI KEMBANGAN: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyeru Wanita Pertama dunia memberi tumpuan kepada isu pendidikan awal kanak-kanak bagi mempersiapkan golongan itu menjadi pemimpin masa depan yang berpengetahuan, mempunyai nilai murni dan berkemahiran.
Beliau berkata, pendidikan awal itu perlu dimulakan sejak berusia bawah empat tahun bagi membolehkan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin, memimpin negaranya ke arah dunia impian yang lebih aman dan bebas daripada sebarang konflik.
Katanya, sejarah membuktikan negara yang mengabaikan pendidikan kanak-kanak akhirnya sedar mereka akan rugi dan sukar memajukan ekonomi serta menjadikan masyarakat lebih makmur.
“Saya yakin pendidikan bermula pada peringkat awal kehidupan kanak-kanak, disusuli bidang kerja dan pembelajaran seumur hidup, bukan saja kunci untuk menjadi dewasa berilmu dan kreatif tetapi juga asas memupuk nilai, etika dan peranan sekali gus membentuk ciri dan pertumbuhan negara serta perpaduan masyarakat.
“Jadi, ibu bapa seharusnya memberi tumpuan terhadap tugas masing-masing. Impian kami untuk melihat dunia bebas daripada sebarang peperangan,” katanya pada ucaptama Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 di sini, semalam.
Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman; isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Seramai 14 Wanita Pertama menyertai sidang kemuncak selama tiga hari itu yang memberi penekanan kepada masa depan kanak-kanak. Enam lagi Wanita Pertama menghantar wakil mereka, selain kehadiran 20 menteri berkaitan wanita.
Rosmah yang juga pengerusi sidang kemuncak itu berkata, pendidikan boleh melahirkan pemimpin bertanggungjawab dan warga negara yang baik kerana mereka diajar bukan hanya memajukan ekonomi dan teknologi, tetapi juga menjadi masyarakat harmoni yang mengambil berat rakyatnya.
Katanya, pelaburan kepada golongan ini dapat membantu meletakkan asas yang sangat diperlukan bagi membina bangsa dan keamanan global dengan modal insan berkembang bermula di peringkat awal.
“Sistem pendidikan harus direka untuk membantu belajar secara mendalam dan berfikiran kritis dan kreatif untuk membuat keputusan penting dan bijaksana.
“Ramai generasi muda di negara membangun dan jika diasuh dengan betul, mereka menjadi kumpulan yang mampu menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan kebajikan pada peringkat global,” katanya.

» Portal Pendidikan
» Malaysia destinasi popular pendidikan
» PM garis 4 perkara laksana sistem pendidikan negara
» Malaysia destinasi popular pendidikan
» PM garis 4 perkara laksana sistem pendidikan negara
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Fri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy
» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy
» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy
» English course/class in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy
» Business English course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy
» English speaking class in Klang
Thu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy
» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Thu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy
» English for students in Klang, Selangor
Mon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy
» English classes in Bukit Tinggi, Klang
Tue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Tue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy
» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Thu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy
» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy
» 写作文常犯的简单错误
Fri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi
» 单元练习:同义词、反义词
Wed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen