Sila daftar menjadi ahli forum kami!

Join the forum, it's quick and easy

Sila daftar menjadi ahli forum kami!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Mandarin course at Bukit Tinggi,Klang
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyFri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy

» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyFri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy

» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyFri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy

» English course/class in Klang, Selangor
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyFri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy

» Business English course in Klang, Selangor
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyFri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy

» English speaking class in Klang
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyThu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy

» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyThu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy

» English for students in Klang, Selangor
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyMon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy

»  English classes in Bukit Tinggi, Klang
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyTue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyTue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyThu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy

» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyThu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy

» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyThu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy

» 写作文常犯的简单错误
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyFri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi

» 单元练习:同义词、反义词
Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C EmptyWed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Poll 网上调查
PollPub.com VoteAdakah anda setuju UPSR dimansuhkan
Setuju
Tidak Setuju



View Results

Poll powered by PollPub.com Free Polls
November 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Calendar Calendar

Relax Time for U

ShoutMix chat widget
Statistics
We have 1011 registered users
The newest registered user is Lakshmi21

Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Affiliates
free forum
 
SiteCounter

widgeo.net

Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C

Go down

Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C Empty Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C

Post  Yan6601 Wed Aug 11, 2010 7:37 pm

Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C


Pengenalan
Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan.
Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi.

Langkah-langkah yang dicadangkan ialah:

1. Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
- Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya.
- Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran
berdasarkan petikan yang diberi.
- Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

2. Mencatat nilai murni atau pengajaran
- Baca dan fahami kandungan petikan.
- Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam
petikan.
- Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai
murni / pengajaran.
- Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini
sekitar lima minit.

3. Menulis ayat lengkap
- Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut
tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.
- Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.
- Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
- Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.

4. Menyemak
- Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya.
- Semak juga aspek tatabahasanya.
- Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.

Panduan Menjawab Bahagian C

- Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti
- Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni, amalan baik, faedah atau pengajaran.
- Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan membefri contoh ayat yang terdapat dalam petikan.
- Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan.
- Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan,
tanda baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.

Contoh Soalan dan jawapan:
Latihan 1: Baca arahan dan soalan dengan teliti.
Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”
Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

LANGKAH 2:
Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan
baik, nilai murni , faedah atau pengajaran.
Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya dari beg. Kakaknya berkata, “ Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”(berdikari)
Liza merupakan anak yang suka menolong ibu (tolong-menolong) dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya (tolong-menolong) mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal dan mental) Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama) dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

LANGKAH 3:
Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat
yang terdapat di dalam petikan
- Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg (kerajinan)
- Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini (berdikari)
- Suka menolong ibu. membantu ayahnya mencuci kereta (tolong-
menolong)
- Menjaga kebersihan diri (kebersihan fizikal)
- Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin)
- Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah
(bekerjasama)

LANGKAH 4:
Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk perenggan
Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin menolong ahli keluarganya patut kita contohi. Dia juga sentiasa berdikari kerana tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain, malah dia sendiri yang melakukannya. Banyak kerja rumah yang telah dilakukannya tanpa suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka pada keadaan yang kotor dan tidak teratur. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Dia mengemas bilik tidurnya dengan rapi apabila bangun dari tidur. Rambutnya diikat kemas dan kukunya yang dipotong rapi menunjukkan dia seorang yang berdisiplin. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya bekerjasama membersihkan rumah. Rumah mereka yang sentiasa bersih dan ceria membuatkan jiran-jirannya menyukai mereka sekeluarga.

Tafsiran Nilai Murni:
BAIK HATI
- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)
- Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila
membuat sesuatu tindakan)
- Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
memerlukannya)
- Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta
memahami perasaan dan keperluan masing-masing)
- Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

BERDIKARI
- Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan orang lain)
- Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup
mencuba)

HEMAH TINGGI
- Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan)
- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta
sanggup menerima nasihat)
- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

HORMAT-MENGHORMATI
- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
- Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
(menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi
layanan yang baik)
- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan
serta lambang-lambang kebesaran negeri)
- Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati
kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)
- Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah
ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)
- Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa
dengan berfaedah)

KASIH SAYANG
- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)
- Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan
fauna untuk kesejahteraan hidup)

KEADILAN
- Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)
- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama
ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

KEBEBASAN
- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan
undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,
masyarakat, negara dan agama

KEBERANIAN
- Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan
mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko
yang akan dihadapi)
- Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui
sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
- Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu
untuk hidup sihat)
- Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan
bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
- Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu
diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

KEJUJURAN
- Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan
dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)
- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah
atau berselindung)
- Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)

KERAJINAN
- Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan
inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti)
- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara
yang berfaedah)

KERJASAMA
- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
sukarela)
- Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan
berlakunya perselisihan)
- Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
masyarakat, negara dan antarabangsa)

KESEDERHANAAN
- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang
tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan
kemarahan orang lain)
- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan
orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri
sendiri dan orang lain)

KESYUKURAN
- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)

PATRIOTISME
- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga
keselamatan, nama baik negara)

RASIONAL
- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu
perkara sebelum membuat keputusan)

SEMANGAT BERMASYARAKAT
- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu
pekerjaan bagi kepentingan bersama)
- Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama
dengan jiran tetangga)
- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah
masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)

Smile

Yan6601

Posts : 88
Join date : 2010-08-06
Location : Malaysia

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
TIME
Welcome Message
Selamat datang ke Taman Ceria Belajar Forum.

Pembelajaran Kendiri Secara Berforum.

Anda boleh mendapat maklumat pembelajaran dengan mudah

Diharap semuda guru dan pelajar memberi sokongan kepada forum ini.
Hari Kemerdekaan 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53

Back to school 2011
Teaching & Learning Slide Show

Learning Plants


Learning Microorganism
Radio FM Internet Online

Klik pada ikon PLAY untuk FM Online. Tunggu Sebentar.........
Pengumuman Umum

Selamat Cuti Sekolah dari 04.09.2010-12.09.2010

Good Luck to all UPSR student 2010.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Selamat Hari Krismas! (25.12.2010)
即将濒临绝种的动物