Sila daftar menjadi ahli forum kami!

Join the forum, it's quick and easy

Sila daftar menjadi ahli forum kami!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Mandarin course at Bukit Tinggi,Klang
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyFri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy

» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyFri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy

» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyFri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy

» English course/class in Klang, Selangor
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyFri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy

» Business English course in Klang, Selangor
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyFri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy

» English speaking class in Klang
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyThu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy

» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyThu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy

» English for students in Klang, Selangor
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyMon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy

»  English classes in Bukit Tinggi, Klang
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyTue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyTue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyThu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy

» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyThu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy

» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyThu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy

» 写作文常犯的简单错误
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyFri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi

» 单元练习:同义词、反义词
Contoh-contoh Karangan Bahagian B EmptyWed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Poll 网上调查
PollPub.com VoteAdakah anda setuju UPSR dimansuhkan
Setuju
Tidak Setuju



View Results

Poll powered by PollPub.com Free Polls
November 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Calendar Calendar

Relax Time for U

ShoutMix chat widget
Statistics
We have 1011 registered users
The newest registered user is Lakshmi21

Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Affiliates
free forum
 
SiteCounter

widgeo.net

Contoh-contoh Karangan Bahagian B

Go down

Contoh-contoh Karangan Bahagian B Empty Contoh-contoh Karangan Bahagian B

Post  Ivy99 Tue Aug 10, 2010 5:28 pm

Dipetik dari http://highskor.blogspot.com/2009/11/kebaikan-menyimpan-wang.html

Kebaikan Menabung Wang

Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya dengan baik.

Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.'Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk menabung.

Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan,kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'.

Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya mengamalkan amalan ini.Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan.

Oleh itu,amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang lebih terjamin.



Last edited by Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 5:31 pm; edited 1 time in total

Ivy99

Posts : 60
Join date : 2010-08-06

Back to top Go down

Contoh-contoh Karangan Bahagian B Empty Faedah Membaca

Post  Ivy99 Tue Aug 10, 2010 5:30 pm

Tulis karangan yang bertajuk, “Faedah Membaca”

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.

Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.

Ivy99

Posts : 60
Join date : 2010-08-06

Back to top Go down

Contoh-contoh Karangan Bahagian B Empty Bagaimanakah kita mengenang jasa ibu?

Post  Ivy99 Tue Aug 10, 2010 5:33 pm

Bagaimanakah kita mengenang jasa ibu?

Ibu kita ialah insan yang bertanggungjawab melahirkan dan membesarkan kita.Tanpa kehadiran mereka,sudah pastinya kita tidak akan hidup di muka bumi ini. Oleh itu,sebagai seorang anak kita hendaklah menghormati,menghargai dan menyayangi seorang ibu kita.

Kita juga hendaklah menyedari dan tugas berat yang terpaksa dipikul oleh ibu ita untuk membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berguna. Mereka tidak pernah merungut atau menyesal dengan kehadiran kita. Malah mereka amat menyayangi kita dan sanggu berkorban apa-apa sahaja untuk kebahagian kita.

Sebagai seorang anak yang mengenang jasa,kita mestilah berusaha untuk membalas jasa ibu kita.Walaupun ibu tidak pernah meminta dan menagih sebarang balasan,namun ini kita sendiri patut sedar dan insaf atas pengorbanan inu selama ini.

Kita hendaklah menghormati ibu dan jangan sesekali menyakiti hati perasaan ibu. Hidup kita tidak akan selamat sekiranya kita mereka,mustahil kita dapat mencari gantinya semula.

Harta benda yang banyak dan wang ringgit yang berjuta-juta belum tentu dapat membalas jasa ibu kita. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada kita tidak bernilai harganya dan tidak dapat diukur dengan anak ringgit dan emas sekalipun.
Kita juga mestilah menunjukkan rasa kasih sayang kita terhadap ibu,apalah lagi di saat usia ibu yang sudah meningkat dan memerlukan perhatian. Hanya kasih sayang yang abadi dapay mengukur sejauh mana kita sanggup membalas jasa dan pengorbanan ibu terhadap kita.


Last edited by Ivy99 on Wed Aug 11, 2010 6:43 pm; edited 1 time in total

Ivy99

Posts : 60
Join date : 2010-08-06

Back to top Go down

Contoh-contoh Karangan Bahagian B Empty Faedah Bergoyong-royong

Post  Ivy99 Tue Aug 10, 2010 5:34 pm

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong:.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.

Ivy99

Posts : 60
Join date : 2010-08-06

Back to top Go down

Contoh-contoh Karangan Bahagian B Empty Cara-cara menjaga kesihatan diri

Post  Ivy99 Tue Aug 10, 2010 5:36 pm

Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.
Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.


Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

Ivy99

Posts : 60
Join date : 2010-08-06

Back to top Go down

Contoh-contoh Karangan Bahagian B Empty Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan

Post  Ivy99 Tue Aug 10, 2010 5:37 pm

Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan

Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat sahaja ciptaan seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia kini. Jadi, memang banyak sumbangan yang wujud.

Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat pembersih habuk atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan manusia lebih produktif.

Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh bergerak ke satu tempat yang lain dengan mudah melalui kereta, kapal terbang dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit sahaja.

Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini. Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer mereka sahaja. Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi dan sains ini.

Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kini sudah berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih baik kehidupannya.

Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara terhadap kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan sains dan teknologi ini.

Ivy99

Posts : 60
Join date : 2010-08-06

Back to top Go down

Contoh-contoh Karangan Bahagian B Empty Re: Contoh-contoh Karangan Bahagian B

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
TIME
Welcome Message
Selamat datang ke Taman Ceria Belajar Forum.

Pembelajaran Kendiri Secara Berforum.

Anda boleh mendapat maklumat pembelajaran dengan mudah

Diharap semuda guru dan pelajar memberi sokongan kepada forum ini.
Hari Kemerdekaan 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53

Back to school 2011
Teaching & Learning Slide Show

Learning Plants


Learning Microorganism
Radio FM Internet Online

Klik pada ikon PLAY untuk FM Online. Tunggu Sebentar.........
Pengumuman Umum

Selamat Cuti Sekolah dari 04.09.2010-12.09.2010

Good Luck to all UPSR student 2010.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Selamat Hari Krismas! (25.12.2010)
即将濒临绝种的动物