Search
Similar topics
Latest topics
Top posters
Admin | ||||
yying98 | ||||
Yan6601 | ||||
Ivy99 | ||||
Irene Siah | ||||
wongschai | ||||
acesilmy | ||||
Anderson | ||||
PhyliciaWong96 | ||||
maiyani |
Poll 网上调查
Statistics
We have 1011 registered usersThe newest registered user is Lakshmi21
Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Persediaan akhir Pelajar SPM
Page 1 of 1
Persediaan akhir Pelajar SPM
Persediaan akhir
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
bhnews@bharian.com.my
2010/10/07
219 calon SPM dari Pahang, Johor sertai Seminar Skor A di Kuala Rompin
PROGRAM bimbingan peperiksaan terus mendapat sambutan dalam kalangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai persiapan akhir menduduki peperiksaan bermula 22 November ini.
Walaupun bahan Aidilfitri masih terasa, namun suasana itu tidak menghalang mereka untuk terus bersemangat menyertai program yang dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kecekapan menjawab soalan.
Baru-baru ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pontian Jaya, Rompin, Pahang, mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Skor A. Program dikendalikan Unit Pendidikan Berita Harian itu turut disertai calon dari lapan sekolah berhampiran.
Program julung kalinya itu disertai 219 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Rompin, SMK Teknik, SMK Muadzam Shah, SMK Selendang, SMK Keratong, SMK Bentara, SMK Tanjung Gemok dan SMK Nita, Mersing.
Peserta berpeluang mendapatkan panduan menjawab soalan berdasarkan aras peperiksaan sebenar bagi mata pelajaran antaranya Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.
Pelajar Orang Asli dari SMK Selendang, Zamilah Siru, 17, berkata dia berminat menyertai seminar untuk mendapatkan tip menjawab soalan dengan tepat, cepat dan mudah terutama bagi mata pelajaran sains.
"Saya lemah dalam subjek Fizik dan Kimia, justeru seminar ini memberi peluang saya dan rakan memperbaiki pencapaian dalam mata pelajaran pada SPM kelak.
"Saya mahu membuktikan pelajar Orang Asli boleh berjaya walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan,” katanya yang bercita-cita menjadi ahli bioteknologi.
Bagi pelajar SMK Nita, Mohamed Ishak Ibrahim, 17, berkata dia begitu bersemangat mengikuti seminar walaupun terpaksa menempuh perjalanan hampir satu jam setengah.
Katanya, walaupun sukar, namun seminar ini adalah peluang terakhirnya memperbaiki kelemahan dan mendapatkan panduan menjawab soalan dengan tepat daripada guru berpengalaman.
“Saya yakin dapat mencatat keputusan cemerlang dalam SPM nanti. Keputusan itu diharap membolehkan saya menyambung pelajaran ke universiti,” kata pelajar SMK Muadzam Shah yang bercita-cita menjadi peguam.
Mohamed Ishak berkata, guru dan ibu bapa banyak memberi galakan selain mencadangkannya mengikuti program yang sekali gus meningkatkan kecekapan menjawab soalan.
“Ini peluang terakhir saya mendapatkan tip menjawab soalan dengan mudah, tepat dan padat selain membuat rumusan mengikut kehendak soalan daripada guru pakar.
“Saya akan menggunakan ilmu tambahan dan panduan ini sebagai persiapan menjelang peperiksaan tidak lama lagi," katanya.
Sementara itu, Pengetua SMK Pontian Jaya, Samsiah Mustaffa, berkata seminar itu adalah yang terbaik untuk membantu pelajar memahami konsep penting dan teknik pembelajaran yang mudah.
Beliau berkata, penceramah dalam kalangan guru berpengalaman dalam subjek masing-masing sedia berkongsi ilmu untuk dimanfaatkan bersama.
“Program kali pertama ini diharap menjadi penanda aras kepada usaha murni sekolah memberikan yang terbaik kepada pelajar dalam usaha mengekalkan kecemerlangan akademik,” katanya.

yying98- Posts : 139
Join date : 2010-08-08
Similar topics
» PERSEDIAAN UNTUK KURSUS BAHASA INGGERIS IELTS DI KLANG,SELANGOR
» Pelan pantau politik pelajar di luar negara
» Pelan pantau politik pelajar di luar negara
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Fri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy
» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy
» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy
» English course/class in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy
» Business English course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy
» English speaking class in Klang
Thu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy
» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Thu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy
» English for students in Klang, Selangor
Mon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy
» English classes in Bukit Tinggi, Klang
Tue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Tue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy
» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Thu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy
» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy
» 写作文常犯的简单错误
Fri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi
» 单元练习:同义词、反义词
Wed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen