Search
Similar topics
Latest topics
Top posters
Admin | ||||
yying98 | ||||
Yan6601 | ||||
Ivy99 | ||||
Irene Siah | ||||
wongschai | ||||
acesilmy | ||||
Anderson | ||||
PhyliciaWong96 | ||||
maiyani |
Poll 网上调查
Statistics
We have 1011 registered usersThe newest registered user is Lakshmi21
Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Kedudukan daya saing negara penting
Page 1 of 1
Kedudukan daya saing negara penting
Kedudukan daya saing negara penting
Berita Harian
2010/09/24
MITI pantau laporan utama antarabangsa bagi menangani sebarang isu secara bijaksana
PENENTUAN kedudukan daya saing bukan sesuatu yang asing lagi pada masa kini. Menerusinya, negara dirujuk berdasarkan indikator sama dengan menentukan tahap ketelusan dan integriti institusi masing-masing. Dalam persekitaran ekonomi pula, daya saing negara dinilai berdasarkan asas tahunan oleh beberapa institusi terkenal.
Penentuan kedudukan ini memainkan peranan dalam membentuk persepsi orang ramai kepada sesebuah negara dan institusi itu sendiri. Ia mungkin tidak sepenuhnya tepat, tetapi masih ada petunjuk boleh diambil kira daripada penilaian yang dilaksanakan. Walaupun kadangkala penilaian itu tidak lengkap, ia masih mampu mempengaruhi keputusan pada peringkat penggubal dasar.
Setiap tahun, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memantau keputusan tiga laporan utama antarabangsa berhubung daya saing negara iaitu World Competitiveness Yearbook (WCY) 2010 oleh Institute of Management Development (IMD), Global Competitiveness Report (GCR) 2010-2011 oleh World Economic Forum (WEF) dan Doing Business (DB) Report oleh Bank Dunia.
Pembentangan laporan ini sering menarik perhatian beberapa pihak yang kadangkala tidak bersetuju dengan kriteria atau keputusan ditetapkan, bahkan di beberapa negara, penerbitan laporan seperti ini menimbulkan kontroversi. Namun, sebagai masyarakat yang hidup dalam persekitaran terbuka, kita perlu menerima dan menangani isu yang timbul ini dengan bijaksana.
Pada Mei lalu, WCY meletakkan Malaysia antara kedudukan ke-10 teratas dalam senarai negara paling berdaya saing, meningkat lapan kedudukan berbanding sebelum ini. Satu pencapaian yang memberangsangkan. Namun, dalam laporan terkini yang disiarkan baru-baru ini, GCR pula menetapkan kedudukan Malaysia ke-26 daripada 139 negara iaitu dua tahap lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Laporan DB yang disediakan Bank Dunia untuk tahun ini pula dijangka terbit November.
Dalam laporan GCR yang diterbitkan 9 September lalu, Malaysia memperoleh markah 4.88 berbanding markah keseluruhan 7; meningkat daripada 4.87 tahun lalu. Indeks ini dibuat membabitkan 111 indikator yang disusun dalam 12 teras Indeks Daya Saing Global. Semua teras ini dibahagi tiga kategori iaitu Keperluan Asas yang mengukur bidang seperti kekuatan institusi dan tahap infrastruktur serta kestabilan ekonomi; Peningkatan Kecekapan yang mengambil kira pasaran tenaga kerja, kecanggihan pasaran kewangan dan kesediaan teknologi; serta Inovasi dan Kecanggihan.
Jika diteliti, negara yang berada di tahap 10 teratas adalah di kalangan negara maju seperti Switzerland, Sweden, Singapura, Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Finland, Belanda, Denmark dan Kanada. Di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan kelapan, manakala di kalangan lapan negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan kedua selepas Singapura.
Laporan GCR menonjolkan kedua-dua kekuatan dan kelemahan Malaysia. Mungkin ada beberapa bidang, khususnya berkaitan dengan kelemahan negara yang memerlukan perhatian berterusan. Namun, kementerian mendapati ada juga beberapa penilaian yang kurang tepat dan memerlukan penjelasan lanjut.
Tiga bidang yang ada kekurangan ditemui dalam laporan itu:
(i) Kemasukan Sekolah Menengah ke-99.
Di Malaysia, kita bangga atas kejayaan peningkatan akses ke pendidikan asas, menengah dan pendidikan tertinggi. Namun, jika dirujuk prestasi negara lain, kita tidak bernasib baik. Ia berikutan kadar kemasukan ke sekolah menengah sekitar 68 peratus, meletakkan negara di kedudukan ke 99. Jumlah itu hanya berdasarkan pendaftaran di sekolah milik kerajaan. Berlaku ketirisan statistik bagi pelajar yang mendaftar di sekolah menengah jenis Cina, sekolah keagamaan, sekolah swasta dan sekolah MARA. Jika kita mengambil kira keseluruhan data ini, negara mungkin mampu mencapai tahap pendaftaran yang lebih memuaskan.
(ii) Sekatan Aliran Modal ke-74.
Hasil langkah kerajaan meliberalisasikan aliran modal sejak sedekad yang lalu, sekatan aliran modal kini dikurangkan ke tahap paling rendah. Kebanyakan sekatan diperkenalkan pada 1998 berikutan krisis kewangan Asia sudah dibubarkan. Bahkan bulan lalu, Bank Negara sudah meluaskan liberalisasi ini dengan melonggarkanperaturan pentadbiran urus niaga tukaran mata wang asing yang membolehkan penggunaan ringgit dalam transaksi perdagangan antarabangsa. Penarafan rendah diberi kepada negara membuktikan perlu komunikasi lebih efektif bagi menyalurkan maklumat dan gambaran lebih tepat berhubung rejim tukaran mata wang asing negara.
(iii) Kos Perniagaan Akibat Aktiviti Pengganas ke-103.
Penarafan ini diberi penekanan untuk meningkatkan imej negara pada peringkat antarabangsa. Penilaian tidak memihak kepada Malaysia apabila kita ditetapkan pada kedudukan sangat rendah walaupun tidak mengalami serangan pengganas apabila penilaian dibuat berdasarkan langkah negara meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan keselamatan. Penilaian seperti itu menunjukkan perlu usaha tambahan mempromosikan Malaysia sebagai tempat selamat bagi melaksanakan perniagaan. Persepsi ini menutupi sebahagian kekuatan terbesar negara seperti diketengahkan dalam laporan GCR.
Penulis ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Fri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy
» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy
» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy
» English course/class in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy
» Business English course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy
» English speaking class in Klang
Thu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy
» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Thu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy
» English for students in Klang, Selangor
Mon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy
» English classes in Bukit Tinggi, Klang
Tue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Tue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy
» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Thu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy
» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy
» 写作文常犯的简单错误
Fri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi
» 单元练习:同义词、反义词
Wed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen