Sila daftar menjadi ahli forum kami!

Join the forum, it's quick and easy

Sila daftar menjadi ahli forum kami!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Mandarin course at Bukit Tinggi,Klang
Belajar Tatabahasa EmptyFri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy

» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Belajar Tatabahasa EmptyFri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy

» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Belajar Tatabahasa EmptyFri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy

» English course/class in Klang, Selangor
Belajar Tatabahasa EmptyFri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy

» Business English course in Klang, Selangor
Belajar Tatabahasa EmptyFri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy

» English speaking class in Klang
Belajar Tatabahasa EmptyThu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy

» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Belajar Tatabahasa EmptyThu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy

» English for students in Klang, Selangor
Belajar Tatabahasa EmptyMon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy

»  English classes in Bukit Tinggi, Klang
Belajar Tatabahasa EmptyTue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Belajar Tatabahasa EmptyTue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Belajar Tatabahasa EmptyThu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy

» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Belajar Tatabahasa EmptyThu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy

» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Belajar Tatabahasa EmptyThu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy

» 写作文常犯的简单错误
Belajar Tatabahasa EmptyFri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi

» 单元练习:同义词、反义词
Belajar Tatabahasa EmptyWed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Poll 网上调查
PollPub.com VoteAdakah anda setuju UPSR dimansuhkan
Setuju
Tidak Setuju



View Results

Poll powered by PollPub.com Free Polls
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar

Relax Time for U

ShoutMix chat widget
Statistics
We have 1011 registered users
The newest registered user is Lakshmi21

Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Affiliates
free forum
 
SiteCounter

widgeo.net

Belajar Tatabahasa

Go down

Belajar Tatabahasa Empty Belajar Tatabahasa

Post  Admin Tue Sep 14, 2010 8:23 pm

Bezakan membeli dan membelikan:

Untuk apitan `membelikan’ yang berpasangan dengan perkataan `membeli’, cara pertama untuk menentukan penggunaannya yang tepat adalah dari segi makna, iaitu penanda `kan’ yang bermaksud benefaktif. Penanda `-kan’ dalam perkataan `membelikan’, `membuatkan’, `menjahitkan’, dan sebagainya bermaksud benefaktif, iaitu melakukan pekerjaan untuk orang lain seperti `membelikan ibu’, `membuatkan ayah’, `menjahitkan adik’, dan sebagainya.

Cara yang kedua ialah kita menggunakan petua, iaitu objek bernyawa dan objek tidak bernyawa. Namun demikian, petua yang kita gunakan ini kadangkalanya tidak menepati semua keadaaan.

Jadi, cara yang ketiga ialah kita menggunakan rumus seperti yang berikut:

Membelikan(siapa)(apa)
Membeli (apa) untuk (siapa)

Menjahitkan(siapa)(apa)
Menjahit (apa) untuk (siapa)

membuatkan (siapa) (apa)
membuat (apa) untuk (siapa)

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita gunakan untuk meningkatkan kefahaman murid tentang apitan me-...-kan dan awalan me- dalam bahasa Melayu. Sebagai guru yang berpengalaman, mereka mampu menggunakan kaedah makna, petua atau rumus. Jadi, terpulanglah kepada guru untuk memilih cara yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman murid.

Dipetik daripada: http://agy7500.blogspot.com/2009/06/siri-202-membelikan-dan-membeli.html

Admin
Admin

Posts : 225
Join date : 2010-08-05

https://tamanceriabelajar.forumotion.net

Back to top Go down

Belajar Tatabahasa Empty Bezakan kawad dengan kawat

Post  Admin Tue Sep 14, 2010 8:27 pm

Bezakan kawad dengan kawat:


Kamus Pelajar Terbitan KBSM tidak membezakan makna perkataan `Kawat’ dengan `Kawad’. Maksud pertama yang dikemukakan ialah 1. tali yang dibuat daripada logam atau dawai: Ayat contoh:

1. Karan elektrik mengalir melalui ~ tembaga.

Maksud yang kedua ialah berita atau khabar seperti kawat telegram atau menerima kawat yang bermaksud menerima berita yang disampaikan dengan telegram. Kawat berduri yang bermaksud kawat yang berduri untuk dibuat pagar. Kawat mata punai bermaksud kawat beranyamn yang biasanya digunakan untuk membuat reban.

Selain itu, kawat atau berkawat bermaksud berjalan dengan rentak kaki yang sama; berbaris; mengadakan perbarisan.

Kamus Dewan Edisi Empat pula membezakan perkataan `kawat’ dengan `kawad’.

`Kawat’ ialah tali yang dibuat daripada logam atau dawai. Ayat contoh:

1.Karan elektrik mengalir melalui kawat tembaga.

Selain itu, perkataan `kawat’ apabila digabungkan dengan perkataan tertentu akan membawa makna tertentu seperti berita kawat atau khabar kawat atau surat atau kawat telegram. Ayat contoh:
2. Besoknya Pak Wir telah mengirim kawat kepada menantunya


Seterusnya, kawat berduri bermaksud kawat (dawai) yang berduri atau berkait-kait tajam digunakan untuk membuat pagar .


Kawad pula ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang me­libatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak.

Daripada perkataan kawad, wujud perkataan kawad cam, kawad kaki, kawad perpisahan, kawad senjata, dan sebagainya.

Kawad cam ialah proses mengecam orang yang disyaki dalam sesuatu jenayah dengan membariskan mere­ka di hadapan pihak berkuasa atau orang yg dianiayai.

Kawad kaki ialah kawad oleh anggota pasukan pakaian seragam, terutamanya tentera dan polis yang mengutamakan pergerakan kaki serentak.

Kawad perpisahan ialah kawad yang diadakan bagi meraikan perpisahan seseorang pegawai tinggi (spt polis dan tentera) yang akan bersara.

Kawad senjata ialah kawad (polis, tentera dsb) dengan mem­bawa senjata api spt M16

Kesimpulannya, perkataan `kawad’ tidak terdapat dalam Kamus Pelajar Terbitan KBSM. Kamus ini pula memberikan pelbagai maksud kawat termasuk kawat yang digunakan sebagai kawat berduri dan juga kawad kaki. Kamus Dewan Edisi Empat pula membezakan penggunakan perkataan `kawat ’ dengan `kawad’. Persoalannya ialah Kamus manakah yang menjadi rujukan utama kita? Oleh sebab Kamus Pelajar Terbitan KBSM diiktiraf sebagai kamus yang baku, maka perkataan yang seharusnya diterima ialah kawat. Dari segi peribadi pula, saya lebih bersetuju dengan makna perkataan `kawat’ dan `kawad’ yang dikemukakan dalam Kamus Dewan Edisi Empat.

Daripada:http://agy7500.blogspot.com/2009/06/siri-200-kawat-atau-kawad.html

Admin
Admin

Posts : 225
Join date : 2010-08-05

https://tamanceriabelajar.forumotion.net

Back to top Go down

Belajar Tatabahasa Empty membelakangi, membelakangkan dan mengebelakangkan

Post  Admin Tue Sep 14, 2010 8:35 pm

Penggunaan perkataan membelakangi, membelakangkan dan mengebelakangkan sering mengelirukan pengguna. Kekeliruan ini berlaku kerana perkataan ini kadangkalanya membawa makna yang sama dan boleh bertukar ganti dalam ayat. Untuk mengetahui maksud dan penggunaan ketiga-tiga perkataan ini, marilah kita menelusuri makna dan penggunaan perkataan tersebut dalam ayat seperti yang terdapat dalam kamus.

1. Membelakangi
Maksud perkataan membelakangi ialah mengarahkan bahagian belakang kepada, iaitu lawan menghadapi.
a. Tahir duduk membelakangi teman-temanya di dalam bilik itu.
b. Dia berdiri membelakangi pintu itu.
c. Pemain yang membelakangi kamera itu ialah Rafael Nadal.

Maksud perkataan membelakangi juga ialah tidak menghiraukan.
a. Mereka tidak pernah membelakangi ajaran agama.

Maksud perkataan membelakangi yang seterusnya ialah tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan:
a. Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia membelakangi perintah Tuhan.

2. Membelakangkan
Perkataan membelakangkan bermaksud mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan
a. Mereka membelakangkan janji.

Perkataan membelakangkan juga bermaksud meletakkan di belakang, mengemudiankan, tidak mendahulukan atau menunda.
a. Janganlah membelakangkan sesuatu usaha yang perlu dilaksanakan segera.

3. Mengebelakangkan
Perkataan mengebelakangkan bermaksud membawa sesuatu ke belakang atau menempatkan sesuatu di belakang, memundurkan, mengundurkan

a. Dia mengebelakangkan semua pinggan yang kotor itu.
b. Dia mengebelakangkan keretanya.
c. Jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya.

Perkataan mengebelakangkan juga bermaksud mensia-siakan, tidak mengendahkan atau tidak mempedulikan.
a. Kita janganlah mengebelakangkan ibu bapa kita.
b. Dia tidak pernah mengebelakangkan kedua-dua orang tuanya.

Dengan berdasarkan definisi di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut, iaitu membelakangi, membelakangkan dan mengebelakangkan mempunyai maksud yang berbeza. Namun demikian, pada tempat-tempat tertentu dalam ayat, perkataan ini boleh bertukar ganti.

Contoh:
1(a) Mereka tidak pernah membelakangi ajaran agama.
1(b) Mereka tidak pernah membelakangkan ajaran agama.
1(c) Mereka tidak pernah mengebelakangkan ajaran agama.

2(a) Dia membelakangkan semua pinggan mangkuk yang kotor itu.
2(b) Dia mengebelakangkan semua pinggan mangkuk yang kotor itu.

Secara lazimnya, pengguna bahasa Melayu menggunakan perkataan membelakangkan bermaksud mengabaikan atau tidak mempedulikan, mengebelakangkan bermaksud meletakkan di belakang, dan membelakangi bermaksud mengarahkan bahagian belakang kepada.

Kesimpulannya, pengguna bahasa Melayu mestilah mengetahui penggunaan sesuatu perkataan itu dengan tepat. Jika kita ragu-ragu tentang makna sesuatu perkataan, rajin-rajinlah membuka kamus. Kita juga perlu mengetahui bahawa bukan semua perkataan dapat diketahui maknanya dengan berdasarkan penanda kausatif atau lokatif. Hal ini dikatakan demikian kerana makna perkataan tertentu juga bergantung pada makna yang dibawa oleh kata dasar perkataan tersebut.

Daripada:http://agy7500.blogspot.com/2009/06/siri-188-membelakangi-membelakangkan.html

Admin
Admin

Posts : 225
Join date : 2010-08-05

https://tamanceriabelajar.forumotion.net

Back to top Go down

Belajar Tatabahasa Empty Baru dan Baharu

Post  Admin Wed Sep 15, 2010 9:12 pm

BANYAK pertanyaan daripada guru dan pelajar tentang perkataan baru dan baharu. Dua persoalan ditimbulkan. Pertama, yang manakah yang betul? Kedua, adakah baharu itu perkataan yang baru diperkenalkan?
.
Isu penggunaan kedua-dua perkataan itu sebenarnya sudah bermula semenjak tahun 2007. Mulai awal tahun itu, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menggunakan perkataan baharu menggantikan perkataan baru. Isu ini sudah dijelaskan dalam surat siaran Suara Bahasa yang diterbitkan untuk Panitia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah keluaran Januari 2007. Kemudiannya, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Encik Sallehuddin Abang Shokeran memberi kenyataannya melalui ruangan “Surat” dalam Berita Harian, untuk menjawab pertanyaan pengguna bahasa melalui ruangan yang sama. Terdapat dua konteks jawaban yang dapat diberikan untuk menjelaskan penggunaan dua kata tersebut.
.
Pertama, konteks penggunaan umum, yang digunakan oleh pengguna bahasa biasa. Berdasarkan konteks ini, baru dan baharu tidaklah mempunyai perbezaan, dan boleh digunakan secara berganti. Hal inilah yang dijawab Encik Sallehudin Abang Shokeran. Kamus Dewan edisi keempat pada halaman 103 memberi makna baharu sebagai “baru”, dan pada halaman 131, memberi 10 makna baru, iaitu “belum (tidak) ada sebelumnya”, “belum pernah atau belum lama dilaksanakan”, “belum dipakai lagi atau belum lama dipakai”, “belum lama lagi menjadi atau berlaku”, “masih segar”, “moden”, “belum berapa lama lagi”, “apabila saja, sesudah”, “pada masa itulah”, dan “kelihatan masih cantik atau tidak terjejas”. Yang jelasnya, mengikut definisi konteks ini, baru dan baharu merupakan kepelbagaian atau variasi, dan boleh digunakan kedua-duanya. Penggunaannya untuk menunjukkan sifat masa.
.
Kedua, mengikut konteks linguistik atau ilmu bahasa. Sekiranya diteliti mengikut fungsi linguistik, penggunaannya berbeza walaupun masih memperlihatkan ciri waktu, iaitu “tidak lama”. Mengikut aspek tatabahasa, baru berfungsi sebagai kata bantu kepada kata kerja, iaitu perkataan yang menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan. Perkataan ini digunakan sebelum kata kerja atau perbuatan. Lihat contohnya.

*
baru makan
*
baru pulang
*
baru bergerak

Perkataan baharu pula berfungsi sebagai kata adjektif kepada kata nama, iaitu perkataan yang menyatakan sifat bagi sesuatu, sama ada orang, binatang, benda, alat, negeri, hal, dan sebagainya. Perkataan ini digunakan selepas nama sesuatu tadi. Perhatikan contohnya.

*
kereta baharu
*
perjanjian baharu
*
pakaian baharu

Oleh sebab fungsinya berbeza, kedua-dua perkataan itu sewajarnya tidak digunakan secara bertukar ganti, seperti yang berikut.

*
*baharu makan
*
*baharu pulang
*
*baharu bergerak
*
*kereta baru
*
*perjanjian baru
*
*pakaian baru

Dengan hal yang demikian, penggunaan mengikut konteks yang kedua dianggap lebih tepat, lebih-lebih lagi jika digunakan dalam urusan rasmi, seperti dalam penulisan karangan pelajar, laporan, minit mesyuarat, dan sebagainya. Perkataan baharu bukanlah korpus yang baru diperkenalkan, kerana perkataan itu sangat aktif digunakan dalam tulisan pada tahun 1930-an hingga 1950-an dahulu lagi.

Daripada:http://munsyidesso.blogspot.com/2010/01/baru-atau-baharu.html

Admin
Admin

Posts : 225
Join date : 2010-08-05

https://tamanceriabelajar.forumotion.net

Back to top Go down

Belajar Tatabahasa Empty Re: Belajar Tatabahasa

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
TIME
Welcome Message
Selamat datang ke Taman Ceria Belajar Forum.

Pembelajaran Kendiri Secara Berforum.

Anda boleh mendapat maklumat pembelajaran dengan mudah

Diharap semuda guru dan pelajar memberi sokongan kepada forum ini.
Hari Kemerdekaan 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53

Back to school 2011
Teaching & Learning Slide Show

Learning Plants


Learning Microorganism
Radio FM Internet Online

Klik pada ikon PLAY untuk FM Online. Tunggu Sebentar.........
Pengumuman Umum

Selamat Cuti Sekolah dari 04.09.2010-12.09.2010

Good Luck to all UPSR student 2010.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Selamat Hari Krismas! (25.12.2010)
即将濒临绝种的动物