Search
Latest topics
Top posters
Admin | ||||
yying98 | ||||
Yan6601 | ||||
Ivy99 | ||||
Irene Siah | ||||
wongschai | ||||
acesilmy | ||||
Anderson | ||||
PhyliciaWong96 | ||||
maiyani |
Poll 网上调查
Statistics
We have 1011 registered usersThe newest registered user is Lakshmi21
Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
PM kutuk kempen bakar al-Quran
Page 1 of 1
PM kutuk kempen bakar al-Quran
PM kutuk kempen bakar al-Quran
2010/09/12
NAJIB menghubungi Susilo pada majlis rumah terbuka Perdana Menteri bersama Menteri Kabinet di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin.
Paderi keruhkan hubungan Islam-Kristian
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengutuk cadangan Paderi Terry Jones dari The Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran dengan menganggap perbuatannya boleh mencetuskan ketegangan antara umat Islam dan Kristian di seluruh dunia.
Perdana Menteri berkata, tindakan Jones itu perbuatan mungkar dan tidak bertamadun serta perlu dikutuk mereka yang berfikiran rasional.
“Ia akan menjadi implikasi yang sangat serius. Saya sangat berharap dan berdoa Presiden Barack Obama dan Kerajaan Amerika Syarikat akan berbuat sesuatu untuk menghalang rancangannya.
“Tindakannya akan menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Islam sedunia dan sudah tentu memburukkan hubungan antara umat Islam dan bukan Islam selain mampu membawa musibah lebih buruk,” katanya.
Najib berharap kenyataannya mendapat sokongan pemimpin dan masyarakat dunia, sekali gus memberi tekanan kepada Jones untuk membatalkan rancangannya.
Dalam perkembangan berkaitan, media antarabangsa melaporkan Jones menangguhkan rancangan membakar al-Quran yang pada awalnya dicadangkan semalam, sempena ulang tahun kesembilan tragedi 11 September 2001.
Mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia, pemimpin kedua-dua negara itu bersetuju mengkaji semula mekanisme sedia ada dalam mengukuhkan hubungan.
Kesepakatan itu dicapai ketika Perdana Menteri menghubungi Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono untuk menyampaikan salam Aidilfitri bagi pihak rakyat Malaysia kepada keluarga presiden itu serta seluruh warga Indonesia, kelmarin.
Di tengah kesibukan melayan pengunjung yang membanjiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri bersama Menteri Kabinet di Seri Perdana kelmarin, Najib mengambil kesempatan menelefon pemimpin Indonesia itu.
Beliau menegaskan Malaysia akan meneruskan usaha untuk mengekalkan keakraban hubungan dengan negara jiran berkenaan kerana ia amat bernilai untuk dikorbankan hanya kerana tindakan segelintir pihak yang didorong agenda tersendiri.
Sementara itu, di Pagoh, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hubungan antara Malaysia dan Indonesia kekal berada pada tahap yang baik walaupun beberapa insiden provokasi dicetuskan rakyat negara jiran.
Beliau berkata, kedua-dua negara bagaimanapun cepat menanganinya melalui saluran diplomasi antara menteri luar kedua-dua negara membabitkan perbincangan isu yang menjadi pertikaian termasuk sempadan bertindih dan hak penangkapan ikan.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Fri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy
» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy
» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy
» English course/class in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy
» Business English course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy
» English speaking class in Klang
Thu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy
» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Thu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy
» English for students in Klang, Selangor
Mon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy
» English classes in Bukit Tinggi, Klang
Tue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Tue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy
» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Thu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy
» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy
» 写作文常犯的简单错误
Fri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi
» 单元练习:同义词、反义词
Wed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen