Sila daftar menjadi ahli forum kami!

Join the forum, it's quick and easy

Sila daftar menjadi ahli forum kami!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Similar topics
Latest topics
» Mandarin course at Bukit Tinggi,Klang
Ayat Majmuk EmptyFri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy

» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Ayat Majmuk EmptyFri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy

» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Ayat Majmuk EmptyFri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy

» English course/class in Klang, Selangor
Ayat Majmuk EmptyFri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy

» Business English course in Klang, Selangor
Ayat Majmuk EmptyFri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy

» English speaking class in Klang
Ayat Majmuk EmptyThu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy

» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Ayat Majmuk EmptyThu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy

» English for students in Klang, Selangor
Ayat Majmuk EmptyMon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy

»  English classes in Bukit Tinggi, Klang
Ayat Majmuk EmptyTue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Ayat Majmuk EmptyTue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Ayat Majmuk EmptyThu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy

» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Ayat Majmuk EmptyThu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy

» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Ayat Majmuk EmptyThu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy

» 写作文常犯的简单错误
Ayat Majmuk EmptyFri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi

» 单元练习:同义词、反义词
Ayat Majmuk EmptyWed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Poll 网上调查
PollPub.com VoteAdakah anda setuju UPSR dimansuhkan
Setuju
Tidak Setuju



View Results

Poll powered by PollPub.com Free Polls
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar

Relax Time for U

ShoutMix chat widget
Statistics
We have 1011 registered users
The newest registered user is Lakshmi21

Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Affiliates
free forum
 
SiteCounter

widgeo.net

Ayat Majmuk

Go down

Ayat Majmuk Empty Ayat Majmuk

Post  Admin Sun Oct 17, 2010 4:19 pm

Ayat Majmuk Katak



Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayattunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubungseperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razakmengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( AyatMajmuk )

PEMAJMUKAN


Kata Majmuk

1. Dua atau lebih daripadadua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuksatu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenalsebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen katamajmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang menjadikomponen kata majmuk wang saku mempunyaimaknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5. Ada juga kata majmukyang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapacontohnya ialah cantik jelita, hancurlebur, dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang samaatau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untukmenyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dansunyi sepi bererti sangat sunyi.

Bentuknya

7. Kata majmuk ada yangdieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
8. Dengan itu, dapatlahdibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata gandasepara seperti bebawang, jejari, kekuda, dansebagainya.
9. Beberapacontoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, gantirugi, dan hak cipta.
11. Dari segi bentuknya, katamajmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolongdalam kelas kata nama.
Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut,cita rasa, daun telinga, gantirugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, duapertiga, dan dua ratus lima puluh.
14. Kata adjektif majmuk, antarayang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelamkabut.
15. Kata kerja majmuk ada yangbebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulungtikar.
16. Kata kerja majmuk ada jugayang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambilalih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi,membanting tulang, mencari gali, berceraisusu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal,daripada, kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, bolehjadi, demikian, kadangkala, lambatlaun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, danmeskipun.

Tugasnya

20. Kata majmuk mempunyai duatugas seperti yang berikut:
(a) menetapkankelas kata dasar. Contohnya.

air (kata nama) + mata (kata nama)

air mata (kata nama)

lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)

lemah lembut (kata adjektif)

mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)

mogok duduk (kata kerja)

dari (kata sendi) + pada (kata sendi)

daripada (kata sendi)


(b) mengubah kelas kata dasar.
Contohnya:

apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)

apabila (kata nama)

alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)

alim utama (kata nama)

gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)

gulung tikar (kata kerja)

tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)

tumbuk rusuk (kata nama)

cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)

cerdik pandai (kata nama)

lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)

lalu lintas (kata nama)

banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)

banyak mulut (kata adjektif)

lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)

lambat laun (kata keterangan)

Maknanya
21. Dari segi maknanya, katamajmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
(a) kata majmuk wajar;
(b) kata majmuk kiasan
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanyadapat diketahui daripada maknakatakata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak laindaripada buah yang bernama anggur.
23. Kata majmuk kiasan pula ialahkata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengenadengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24. Berikut ialah beberapa contohkata majmuk wajar.

adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal

gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak

kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air


24. Berikut ialah beberapa contohkata majmuk kiasan.

akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa

darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air

hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk

Admin
Admin

Posts : 225
Join date : 2010-08-05

https://tamanceriabelajar.forumotion.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
TIME
Welcome Message
Selamat datang ke Taman Ceria Belajar Forum.

Pembelajaran Kendiri Secara Berforum.

Anda boleh mendapat maklumat pembelajaran dengan mudah

Diharap semuda guru dan pelajar memberi sokongan kepada forum ini.
Hari Kemerdekaan 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53

Back to school 2011
Teaching & Learning Slide Show

Learning Plants


Learning Microorganism
Radio FM Internet Online

Klik pada ikon PLAY untuk FM Online. Tunggu Sebentar.........
Pengumuman Umum

Selamat Cuti Sekolah dari 04.09.2010-12.09.2010

Good Luck to all UPSR student 2010.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Selamat Hari Krismas! (25.12.2010)
即将濒临绝种的动物