Sila daftar menjadi ahli forum kami!

Join the forum, it's quick and easy

Sila daftar menjadi ahli forum kami!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Mandarin course at Bukit Tinggi,Klang
Simpulan Bahasa / B EmptyFri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy

» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Simpulan Bahasa / B EmptyFri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy

» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Simpulan Bahasa / B EmptyFri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy

» English course/class in Klang, Selangor
Simpulan Bahasa / B EmptyFri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy

» Business English course in Klang, Selangor
Simpulan Bahasa / B EmptyFri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy

» English speaking class in Klang
Simpulan Bahasa / B EmptyThu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy

» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Simpulan Bahasa / B EmptyThu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy

» English for students in Klang, Selangor
Simpulan Bahasa / B EmptyMon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy

»  English classes in Bukit Tinggi, Klang
Simpulan Bahasa / B EmptyTue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Simpulan Bahasa / B EmptyTue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Simpulan Bahasa / B EmptyThu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy

» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Simpulan Bahasa / B EmptyThu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy

» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Simpulan Bahasa / B EmptyThu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy

» 写作文常犯的简单错误
Simpulan Bahasa / B EmptyFri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi

» 单元练习:同义词、反义词
Simpulan Bahasa / B EmptyWed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Poll 网上调查
PollPub.com VoteAdakah anda setuju UPSR dimansuhkan
Setuju
Tidak Setuju



View Results

Poll powered by PollPub.com Free Polls
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar

Relax Time for U

ShoutMix chat widget
Statistics
We have 1011 registered users
The newest registered user is Lakshmi21

Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Affiliates
free forum
 
SiteCounter

widgeo.net

Simpulan Bahasa / B

Go down

Simpulan Bahasa / B Empty Simpulan Bahasa / B

Post  Irene Siah Thu Aug 12, 2010 5:08 pm

B

* babi buta: berbuat, membuat, atau melakukan sesuatu pekerjaan dengan tanpa atau tidak banyak berfikir dahulu lagi.
* bahasa dalam: bahasa istana (digunakan oleh kerabat diraja).
* bahasa ibunda: bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
* bahasa kasar: bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
* bahasa kesat: kata-kata yang tidak bersopan.
* bahasa pasar: bahasa pertuturan yang digunakan dalam percakapan sehari-hari yang tidak betul nahu atau susunan ayatnya dengan tidak mengikut tatabahasa yang betul.
* baik budi: seseorang yang bersikap baik dan penyayang; suka menolong.
* baik hati: (sila lihat juga baik budi.)
* baik sangka: berpendapat yang orang lain baik.
* balas budi: balas jasa dan berterima kasih.
* balas guna: (sila lihat juga balas budi.)
* balik gagang: berpihak kepada musuh.
* balik hati: berubah pendirian.
* bangkai bernyawa: orang yang kurus dan dipandang hina atau tidak berguna pada diri sendiri dan juga masyarakat.
* bantal lengan: kehidupan yang terlalu miskin.
* banting tulang: bekerja bermati-matian.
* banyak akal: banyak helah.
* banyak cakap: orang yang suka bercakap banyak atau berleter, termasuklah perkataan yang tidak sepatutnya dipercakapkan.
* banyak lemak: terlalu manja, orang yang kaya atau gemuk; orang yang tidak mendengar kata atau suka membantah walaupun telah melakukan kesalahan.
* banyak mulut: (sila lihat juga banyak cakap.)
* bapa angkat: orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.
* bapa kandung: bapa sebenar.
* barang kemas: alat perhiasan orang perempuan yang berharga.
* basuh mulut: sajian manisan atau buah-buahan yang dihidangkan atau dijadikan hidangan selepas makan.
* batu api: penghasut.
* batu loncatan: sesuatu (orang atau tempat) yang digunakan atau dijadikan sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan atau sesuatu yang lebih tinggi.
* batuk-batuk kambing: batuk yang dibuat-buat dengan tujuan mengusik atau menyindir.
* bau bacang: (sila lihat juga bau-bau bacang.)
* bau-bau bacang: hubungan persaudaraan atau saudara yang sudah jauh pertaliannya.
* bawa alamat: memberi tanda.
* bawa diri: (a) pandai bergaul. (b) melarikan diri.
* bawa hati: merajuk.
* bawa hidup: merantau mencari penghidupan.
* bawa mati: menyebabkan mati.
* bawa mulut: bercerita tentang keburukan orang lain.
* bawa nasib: (sila lihat juga bawa hidup.)
* bawa nyawa: menyelamatkan diri.
* bawa sial: mendatangkan malang.
* bawa tempurung minta sedekah: kita masih gagah dan kuat.
* bawa tuah: mendatangkan keuntungan.
* bawah angin: negara-negara sebelah timur seperti Jepun, Malaysia, dan lain-lain.
* bawah bendera: berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.
* bawah tanah: pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.
* bayang kata: dikias.
* bayar nyawa: mengorbankan diri.
* bekas tangan: hasil kerja tangan seseorang yang masih kekal; bekas pukulan.
* belah bumi: bunyi yang sangat kuat.
* belah hati: tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan.
* belahan hati: orang yang sangat dikasihi.
* belahan jiwa: (sila lihat juga belahan hati.)
* belahan nyawa: (sila lihat juga belahan hati.)
* belakang hari: kemudian hari.
* bendera putih: tanda menyerah diri atau mengaku kalah dalam sesuatu peperangan atau perlawanan.
* bengkak perut: berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.
* beradu buku: (sila lihat juga adu buku.)
* beradu kening: (sila lihat juga adu kening.)
* beradu lengan: (sila lihat juga adu lengan.)
* beralih akal: (sila lihat juga alih akal.)
* beralih angin: (sila lihat juga alih angin.)
* beralih muka: (sila lihat juga alih muka.)
* berani mati: tidak takut mati.
* berat badan: malas.
* berat bibir: orang yang tidak peramah atau yang pendiam; malas bercakap.
* berat hati: kurang senang.
* berat kaki: malas.
* berat kepala: pening kepala.
* berat lalat: pura-pura berani.
* berat lidah: tidak dapat berkata-kata.
* berat mata: mengantuk.
* berat mulut: (sila lihat juga berat bibir.)
* berat sebelah: tidak adil dalam membuat keputusan dengan memihak kepada satu pihak sahaja.
* berat tangan: orang yang malas berusaha, malas bekerja, atau malas membuat kerja; pemalas.
* berat telinga: orang yang pendengarannya kurang jelas.
* berat tulang: (sila lihat juga berat tangan.)
* berbahasa kasar: (sila lihat juga bahasa kasar.)
* berbalik gagang: (sila lihat juga balik gagang.)
* berbalik hati: (sila lihat juga balik hati.)
* berbantal lengan: (sila lihat juga bantal lengan.)
* berbelah hati: (sila lihat juga belah hati.)
* berbesar hati: (sila lihat juga besar hati.)
* berbuat jahat: (sila lihat juga buat jahat.)
* berbulan madu: pengantin baru yang pergi makan angin.
* bercerai kasih: (sila lihat juga cerai kasih.)
* bercerai mata: (sila lihat juga cerai mata.)
* bercerai mati: (sila lihat juga cerai mati.)
* bercerai susu: (sila lihat juga cerai susu.)
* bercermin bangkai: (sila lihat juga cermin bangkai.)
* berdiam diri: (sila lihat juga diam diri.)
* berdiri sendiri: orang yang tidak mahu menerima pertolongan orang lain.
* berendam air mata: sering menangis.
* berfahaman kiri: (sila lihat juga faham kiri.)
* bergadai bergolok: (sila lihat juga gadai bergolok.)
* bergadai nyawa: (sila lihat juga gadai nyawa.)
* berganti tikar: orang yang berkahwin dengan adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia.
* bergendang paha: (sila lihat juga gendang paha.)
* bergolok bergadai: (sila lihat juga gadai bergolok.)
* berhati berlian: (sila lihat juga hati berlian.)
* berhati tungau: (sila lihat juga hati tungau.)
* beri jalan: memberi laluan, nasihat, keterangan, bantuan, atau buah fikiran untuk membuat sesuatu perkara.
* beri muka: kehendak dan kemahuan seseorang sentiasa dituruti; memanjakan seseorang dengan membiarkannya bebas membuat atau berbuat sesuka hatinya.
* berita hangat: berita baharu yang menjadi perbualan.
* berkaki ayam: (sila lihat juga kaki ayam.)
* berkerat rotan: (sila lihat juga kerat rotan.)
* bermain kayu tiga: orang yang tidak jujur.
* bermain mata: (sila lihat juga main mata.)
* bermandi keringat: (sila lihat juga mandi keringat.)
* bermandi ombak: (sila lihat juga mandi ombak.)
* bermasam muka: tidak bertegur sapa kerana telah berselisih faham.
* bermuka-muka: orang yang pandai berpura-pura baik terhadap seseorang; menunjukkan kebaikan kepada ketua atau seseorang dengan tujuan yang tertentu.
* berpaling hati: (sila lihat juga paling hati.)
* berpaling tadah: bertukar pihak atau mengkhianati pihak yang disokong.
* berpatah arang: (sila lihat juga patah arang.)
* berpeluk lutut: (sila lihat juga peluk lutut.)
* berpeluk tangan: (sila lihat juga peluk tangan.)
* berpeluk tubuh: malas untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
* berpindah tangan: (sila lihat juga pindah tangan.)
* berputih tulang: (sila lihat juga putih tulang.)
* berputus arang: (sila lihat juga putus arang.)
* bersaksi ke lutut: saudara mara dijadikan saksi.
* bersengkang mata: (sila lihat juga sengkang mata.)
* bertali arus: tidak putus-putus dilalui orang; sesuatu benda atau perkara yang berlaku dengan tidak berhenti-henti.
* bertegang leher: berlawan cakap kerana hendak menegakkan pendapat masing-masing; berbantah.
* bertikam lidah: (sila lihat juga tikam lidah.)
* berumah tangga: beristeri atau bersuami.
* besar cakap: orang yang suka bercakap sombong.
* besar diri: bongkak atau sombong.
* besar hati: bangga; gembira; girang.
* besar kepala: keras kepala, degil dan sombong.
* besar mulut: suka bercakap besar.
* besar perut: hamil.
* betul bendul: orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.
* biang keladi: orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.
* bidan tarik: membuat sesuatu secara tiba-tiba.
* bidan terjun: (sila lihat juga bidan tarik.)
* bintang gelap: bernasib malang.
* bintang hati: orang kesayangan atau kekasih; orang yang dicintai atau dikasihi.
* bintang terang: nasib baik.
* boleh tahan: tidak buruk sangat atau boleh digunakan.
* bongkar sauh: bersedia hendak belayar.
* bongkok sabut: bongkok badan yang sedikit sahaja.
* bongkok udang: badan yang bongkok.
* buah bibir: perkara yang dibualkan oleh orang ramai, menjadi perbualan ramai, atau menjadi sebut-sebutan orang.
* buah cakap: (sila lihat juga buah bibir.)
* buah fikiran: pendapat atau pendangan.
* buah hati: (sila lihat juga bintang hati.)
* buah helah: mencari helah.
* buah kalam: hasil tulisan atau karya.
* buah mulut: (sila lihat juga buah bibir.)
* buah pena: (sila lihat juga buah kalam.)
* buah tangan: suatu pemberian dalam bentuk barang; oleh-oleh.
* bual kosong: bercakap tentang perkara yang tidak penting.
* buang adat: tidak menggunakan sesuatu adat lagi.
* buang air besar: berak.
* buang air kecil: kencing.
* buang anak: menggugurkan anak.
* buang arang di muka: menghilangkan malu.
* buang diri: merantau.
* buang lelah: berehat untuk meredakan kepenatan.
* buang malu: (sila lihat juga buang arang di muka.)
* buang muka: tidak suka.
* buang negeri: diperintah keluar dari sesebuah negeri.
* buang sauh: berlabuh.
* buang sial: berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.
* buang tabiat: berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.
* buang ubat: tembakan yang tidak kena pada sasarannya.
* buat akal: (sila lihat juga buah helah.)
* buat bodoh: berpura-pura macam orang tidak tahu.
* buat duit: berusaha mencari keuntungan.
* buat helah: berdalih.
* buat jahat: melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan.
* buat perkara: berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.
* buaya darat: lelaki yang jahat atau gemar berfoya-foya dengan perempuan.
* budak mentah: orang yang masih muda untuk membuat sesuatu pekerjaan atau penilaian.
* budi bahasa: kelakuan atau pertuturan (sama ada baik atau buruk).
* bujur sirih: bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.
* buka langkah seribu: lari kerana takut disebabkan sesuatu.
* buka mata: sedar atau ambil perhatian tentang sesuatu perkara yang baik dan cuba mengikutinya.
* buka mulut: berkata-kata atau bercakap.
* buka pintu: memberi peluang.
* buka tanah: mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar.
* buka telinga: mendengar baik-baik.
* buka tembelang: mendedahkan rahsia keburukan seseorang.
* buku lima: penumbuk.
* bulan kesiangan: berwajah pucat.
* bulan madu: pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.
* bulan penuh: cantik.
* bulat fikiran: teguh atau tetap fikirannya.
* bulat hati: ikhlas; tetap hati dan sugguh-sungguh; mengambil keputusan yang muktamad tentang sesuatu perkara; kuat azam atau kemahuan untuk membuat sesuatu.
* bulat kata: keazaman yang bersungguh-sungguh.
* bunga bangsa: orang yang berjasa kepada negara.
* bunga bibir: kata-kata yang manis.
* bunga dedap: perempuan yang rupanya sahaja cantik tetapi perangainya buruk atau tidak berbudi.
* bunga wang: keuntungan atau faedah yang diperoleh atau didapati daripada wang yang dipinjamkan atau disimpan di dalam bank.
* buru hutang: terdesak kerana berhutang.
* buru nafsu: melakukan sesuatu secara terburu-buru.
* buru pangkat: berusaha mencari pangkat.
* buru pelajaran: berusaha mencari ilmu pengetahuan.
* buruk hati: orang yang jahat.
* buruk laku: kelakuan tidak senonoh.
* buruk lantak: orang yang makan dengan gelojoh atau lahap makannya.
* buruk makan: (sila lihat juga buruk lantak.)
* buruk mulut: percakapan yang kasar.
* buruk penangan: akibat buruk atau tidak baik.
* buruk perut: kuat makan.
* buruk sangka: menaruh curiga.
* buruk selera: makan apa sahaja.
* buruk siku: meminta diambil balik semula benda yang telah diberikan kepada seseorang atau orang lain.
* busuk budi: perangai yang jahat.
* busuk hati: orang yang berhati jahat.
* busung dada: sombong.
* buta ayam: mata yang rabun menjelang senja; tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.
* buta hati: (a) tidak dapat menerima pengajaran orang atau mengenali mana yang buruk atau mana yang baik. (b) tidak berasa kasihan atau berhati perut, kejam.
* buta huruf: orang yang tidak tahu membaca dan menulis atau kedua-duanya; tidak berpelajaran.
* buta kayu: (sila lihat juga buta huruf.)
* buta larangan: tidak dapat melihat jauh.
* buta malam: rabun pada waktu malam.
* buta perut: orang yang tidak berfikiran, bodoh.
* buta warna: tidak dapat mengecam jenis-jenis warna.



PAPAN E-PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNTUK BAHASA MALAYSIA SJK
Irene Siah
Irene Siah

Posts : 53
Join date : 2010-08-09
Age : 28

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
TIME
Welcome Message
Selamat datang ke Taman Ceria Belajar Forum.

Pembelajaran Kendiri Secara Berforum.

Anda boleh mendapat maklumat pembelajaran dengan mudah

Diharap semuda guru dan pelajar memberi sokongan kepada forum ini.
Hari Kemerdekaan 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53

Back to school 2011
Teaching & Learning Slide Show

Learning Plants


Learning Microorganism
Radio FM Internet Online

Klik pada ikon PLAY untuk FM Online. Tunggu Sebentar.........
Pengumuman Umum

Selamat Cuti Sekolah dari 04.09.2010-12.09.2010

Good Luck to all UPSR student 2010.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Selamat Hari Krismas! (25.12.2010)
即将濒临绝种的动物