Search
Similar topics
Latest topics
Top posters
Admin | ||||
yying98 | ||||
Yan6601 | ||||
Ivy99 | ||||
Irene Siah | ||||
wongschai | ||||
acesilmy | ||||
Anderson | ||||
PhyliciaWong96 | ||||
maiyani |
Poll 网上调查
Statistics
We have 1011 registered usersThe newest registered user is Lakshmi21
Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Simpulan bahasa / D
Page 1 of 1
Simpulan bahasa / D
D
* dabik dada: menepuk dada menunjukkan keberanian.
* dada ayam: dada bidang.
* dada lapang: sabar dan tidak mudah marah.
* dagang piatu: orang asing yang tiada saudara-mara dan sahabat handai.
* dahi sehari bulan: bentuk dahi yang cantik.
* daki dunia: harta dunia yang tidak dapat dibawa mati.
* dakwat tumpah: rambut yang hitam lebat.
* dalam kekeringan: sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.
* dalam tangan: sudah tentu dapat diperoleh.
* dapat akal: beroleh ikhtiar atau helah.
* dapat bahagian: denda atau kena pukul, beroleh separuh atau sebahagian harta.
* dapat harta timbul: mendapat keuntungan tanpa berusaha besar.
* dapat hati: beroleh cinta, cinta yang berbalas.
* dapat khabar: menerima berita.
* dapat malu: menanggung malu.
* dapat nama: menjadi terkenal.
* dapat terpijak: mendapat keuntungan, rezeki, wang, atau sesuatu yang tidak disangka-sangka dan diterima sekali gus dengan mudah tanpa berusaha.
* darah baru setampuk pinang: masih muda.
* darah daging: kaum keluarga atau saudara-mara sendiri.
* darah gemuruh: mudah gugup atau hilang pertimbangan.
* darah manis: mudah mendapat bahaya atau kecederaan.
* darah muda: semangat atau perasaan yang tidak sabar, lekas marah.
* darah panas: orang yang cepat marah atau lekas marah.
* darah putih: orang bangsawan, anak raja.
* darah raja: keturunan raja.
* datang berkampung: berkumpul.
* datuk nenek: leluhur.
* daun pintu: bahagian pintu yang boleh dibuka dan ditutup.
* daun telinga: bahagian luar telinga untuk menangkap suara.
* daun tingkap: bahagian tingkap yang boleh dibuka dan ditutup.
* daya fikir: kekuatan berfikir.
* daya upaya: ikhtiar untuk melakukan sesuatu.
* delima merekah: bentuk dan warna bibir yang elok.
* dendam kesumat: benci yang amat sangat.
* depan hidung: terlalu dekat.
* derma kilat: derma yang dipungut dengan serta-merta.
* detak hati: perasaan, kata hati.
* detik jantung: bunyi degup jantung.
* di depan hidung: (sila lihat juga depan hidung.)
* diam-diam lepu: pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.
* diam-diam ubi: orang yang berusaha secara senyap tetapi menguntungkan.
* diam diri: tidak berkata-kata.
* diam membatu: (sila lihat juga diam diri.)
* diam penggali: orang bodoh.
* dibayang kata: (sila lihat juga bayang kata.)
* dibuang negeri: (sila lihat juga buang negeri.)
* diburu hutang: (sila lihat juga buru hutang.)
* dingin hati: tidak menaruh perhatian atau tidak gembira.
* dingin kepala: berfikiran tenang dan waras.
* dingin tangan: orang yang pekerjaannya selalu berjaya.
* dua sejoli: sepasang kekasih atau suami isteri.
* duduk perut: (sila lihat juga besar perut.)
* duit kopi: bayaran tidak rasmi iaitu wang yang diberikan kepada seseorang sebagai upah dalam usaha mendapatkan sesuatu, rasuah.
* duit pecah: duit syiling.
* duit teh: wang sagu hati.
* dunia terbalik: keadan yang berbeza daripada semula jadi, ganjil.
* duri dalam daging: sesuatu yang mengganggu ketenteraman.
* durian runtuh: (sila lihat juga dapat terpijak.)
PAPAN E-PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNTUK BAHASA MALAYSIA SJK

Irene Siah- Posts : 53
Join date : 2010-08-09
Age : 28
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Fri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy
» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy
» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy
» English course/class in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy
» Business English course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy
» English speaking class in Klang
Thu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy
» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Thu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy
» English for students in Klang, Selangor
Mon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy
» English classes in Bukit Tinggi, Klang
Tue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Tue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy
» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Thu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy
» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy
» 写作文常犯的简单错误
Fri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi
» 单元练习:同义词、反义词
Wed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen