Search
Similar topics
Latest topics
Top posters
Admin | ||||
yying98 | ||||
Yan6601 | ||||
Ivy99 | ||||
Irene Siah | ||||
wongschai | ||||
acesilmy | ||||
Anderson | ||||
PhyliciaWong96 | ||||
maiyani |
Poll 网上调查
Statistics
We have 1011 registered usersThe newest registered user is Lakshmi21
Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Simpulan bahasa / C
Page 1 of 1
Simpulan bahasa / C
C
* cabut lari: meninggalkan sesuatu tempat dengan segera.
* cabut nyawa: membunuh.
* cacing gila: suka merayau-rayau tanpa tujuan.
* cacing kepanasan: orang yang sentiasa gelisah.
* cacing naik ke mata: kelakuan atau perbuatan yang melampau.
* cahaya hidup: harapan dalam hidup.
* cahaya mata: anak.
* cahaya muka: seri pada wajah seseorang.
* cakap angin: percakapan atau cakap-cakap yang tidak menentu atau tidak berfaedah.
* cakap belakang: menceritakan keburukan orang lain.
* cakap berisi: percakapan yang mengandungi faedah atau kebaikan untuk orang lain.
* cakap besar: mengeluarkan cakap yang meninggi atau membesarkan diri sendiri.
* cakap kosong: kata-kata yang tiada isinya.
* cakap mulut: bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.
* cakap tinggi: (sila lihat juga cakap besar.)
* cakar awan: bangunan-bangunan yang tinggi.
* cakar ayam: tulisan yang sangat buruk.
* cakar langit: (sila lihat juga cakar awan.)
* campak batu: orang yang pergi merantau selama-lamanya.
* campur cakap: melibatkan diri atau turut serta dalam urusan orang lain; ambil tahu.
* campur mulut: (sila lihat juga campur cakap.)
* campur tangan: (sila lihat juga campur cakap.)
* cangkul angin: melakukan kerja yang sia-sia.
* cari akal: melakukan atau mencari ikhtiar atau berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara; mencari jalan dan sebab untuk melakukan sesuatu.
* cari bala: membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
* cari fasal: mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
* cari fikiran: (sila lihat juga cari akal.)
* cari ikhtiar: berusaha bersungguh-sungguh.
* cari jalan: (sila lihat juga cari akal.)
* cari makan: bekerja untuk mencari nafkah, rezeki, atau wang.
* cari muka: mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.
* cari nama: berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.
* cari rezeki: (sila lihat juga cari makan.)
* cari salah: berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
* cari seteru: (sila lihat juga cari fasal.)
* cari susah: (sila lihat juga cari bala.)
* cecah bahu: sampai ke paras bahu.
* cecah bumi: jejak ke bumi.
* celaka dua belas: seseorang yang menghadapi kecelakaan terlalu teruk.
* celik huruf: tahu membaca dan menulis.
* cemburu buta: terlalu cemburu, cemburu yang tidak beralasan, tanpa sebab.
* cencaru makan petang: pekerjaan yang lambat tetapi memuaskan.
* cepat kaki: orang yang rajin apabila disuruh.
* cepat lidah: bercakap tanpa berfikir dahulu.
* cepat mulut: orang yang tidak boleh, dapat, atau tahan menyimpan rahsianya.
* cepat tangan: pantas atau cepat melakukan sesuatu; orang yang suka mencuri.
* cerai hidup: suami isteri yang bercerai ketika hidup.
* cerai kasih: putus percintaan.
* cerai mata: berpisah.
* cerai mati: bercerai kerana meninggal dunia.
* cerai susu: bayi yang telah berhenti menghisap susu.
* cerdik busuk: cerdik tetapi selalu menyusahkan dan menyakitkan hati orang.
* cerita burung: berita yang tidak berasas.
* cermin bangkai: menanggung malu akibat sesuatu kejadian.
* cicak kubin: sangat kurus.
* cinta kilat: cinta yang cepat timbul dan cepat hilang.
* cinta palsu: bukan, pura-pura, atau tidak bercinta.
* cium tanah: jatuh tertiarap ke tanah.
* cuci mata: bersenang-senang dengan melihat perempuan atau sesuatu yang cantik dan indah.
* cuci perut: membersihkan perut dengan julap dan lain-lain.
* cuci tangan: tidak mahu mengambil tahu, bertanggungjawab, atau terlibat dalam sesuatu hal atau perkara yang telah dilakukan.
* cucur keringat: bekerja keras.
* cucur peluh: (sila lihat juga cucur keringat.)
* cuit hati: menggelikan hati.
* cukup bulan: sampai waktu.
* cukup umur: akil baligh atau sudah dewasa.
* cupak asli: adat yang diwarisi daripada datuk nenek.
* cupak hanyut: orang yang berjalan lemah lembut, hidup melarat.
* curi hati: menawan atau memikat hati, jatuh suka.
* curi masa: menggunakan sebahagian daripada masa yang sibuk untuk urusan lain.
* curi tulang: malas bekerja atau mencuri peluang untuk tidak bekerja; menghelat masa atau tenaga semasa membuat sesuatu, mencuaikan kerja.
PAPAN E-PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNTUK BAHASA MALAYSIA SJK

Irene Siah- Posts : 53
Join date : 2010-08-09
Age : 28
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Fri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy
» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy
» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy
» English course/class in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy
» Business English course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy
» English speaking class in Klang
Thu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy
» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Thu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy
» English for students in Klang, Selangor
Mon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy
» English classes in Bukit Tinggi, Klang
Tue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Tue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy
» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy
» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Thu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy
» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy
» 写作文常犯的简单错误
Fri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi
» 单元练习:同义词、反义词
Wed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen