Sila daftar menjadi ahli forum kami!
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Mon Nov 16, 2015 5:59 pm by acesilmy

» English for students in Klang, Selangor
Mon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy

»  English classes in Bukit Tinggi, Klang
Tue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Tue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy

» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Thu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy

» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy

» 写作文常犯的简单错误
Fri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi

» 单元练习:同义词、反义词
Wed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen

» How to answer section B ( SK & SJK ) episode 1
Mon May 27, 2013 3:24 pm by Ashwin Raj a/l Muniandy

» Kata Imbuhan
Mon Apr 01, 2013 12:38 pm by 890211015892

» Articles 2
Wed Mar 06, 2013 7:35 am by rathikga

» 成语、谚语、格言
Thu Feb 28, 2013 1:45 pm by Emmeline Lee

» Kata Sendi Nama
Thu Feb 28, 2013 1:35 pm by Emmeline Lee

» Interaction Among Living Things
Thu Feb 07, 2013 9:21 am by saieswari

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Poll 网上调查
PollPub.com VoteAdakah anda setuju UPSR dimansuhkan
Setuju
Tidak Setuju



View Results

Poll powered by PollPub.com Free Polls
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Calendar Calendar

Relax Time for U

ShoutMix chat widget
Statistics
We have 1010 registered users
The newest registered user is Yonmoon

Our users have posted a total of 745 messages in 481 subjects
Affiliates
free forum
 
SiteCounter

widgeo.net

Penjenamaan kerjaya guru

View previous topic View next topic Go down

Penjenamaan kerjaya guru

Post  Admin on Tue Aug 10, 2010 7:19 pm

Penjenamaan kerjaya guru
Oleh Basir Zahrom


2010/08/10 (Berita Harian Online)
SPP perlu pantau urusan perkhidmatan pastikan kebajikan pendidik terbela

KAEDAH pengambilan guru perlu dikaji semula serta dipelbagaikan bagi mengelak haluan kerjaya terlalu panjang mengakibatkan profesion itu dilihat tidak menarik, kata Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad.

Beliau berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) perlu memberi perhatian mengenai isu itu kerana ia adalah antara beberapa perkara penting yang harus mendapat penyelesaian segera daripada suruhanjaya itu selaras dengan usaha pemerkasaannya selepas 36 tahun ditubuhkan.

Mohamed Sabri berkata, pihaknya menyokong pendekatan sedia ada iaitu pengambilan saluran kedua, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang berkhidmat lebih satu tahun diberi peluang temu duga untuk dipilih mengikuti latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) sebelum diserap sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST).

“KGMMB yakin ada dalam kalangan mereka layak dipilih menjadi guru berdasarkan komitmen dan minat sepanjang tempoh menjawat GSTT cuma mungkin perlu diberi Kursus Dalam Cuti untuk melengkapkan diri sebelum menjadi guru.

“Kami menyokong cadangan supaya skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dibuat penjenamaan semula dengan mengambil kira laluan kerjaya lebih menarik kepada calon guru yang sudah menamatkan Latihan Perguruan di universiti tempatan dan IPG terus dilantik ke jawatan tetap PPP Siswazah DG41 tidak seperti sekarang yang melantik mereka sebagai GST DC41 terlebih dulu.

“Laluan sekarang banyak birokrasi dan memperlihatkan proses menjadi guru itu penuh berliku menyebabkan profesion perguruan dilihat tidak menarik sedangkan profesion profesional seperti doktor, peguam tidak sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Bagi PPP yang menyambung pengajian dan dilantik ke gred jawatan baru, Mohamed Sabri berkata, seharusnya tidak perlu melalui proses temu duga sebaliknya terus dilantik ke jawatan tetap kerana masih dalam sistem pendidikan sedia ada kerana perubahan cuma berlaku pada gred jawatan sedangkan mereka masih kekal dengan tugas hakiki.

Katanya, laluan kerjaya guru juga harus dikaji dan diubah kerana ia terlalu banyak sehingga melebihi 20 skim. Pihaknya mencadangkan satu skim bersepadu untuk laluan kerjaya guru diwujudkan sebagaimana skim perkhidmatan tentera, polis dan pegawai perubatan.

“SPP juga perlu memainkan peranan dalam menyedarkan ketua jabatan supaya lebih peka mempercepatkan urusan perkhidmatan dan tatatertib bagi menjamin standard dan kebajikan guru terpelihara selain menjadi badan penyelaras memilih calon perguruan yang bakal mengikuti kursus perguruan di universiti awam dan IPG.

“Hal ini penting supaya perkara ketidakseragaman di peringkat pemilihan, latihan dan penempatan selesai kerana terdapat kes opsyen ditawarkan tidak selaras dengan ijazah dimiliki calon seterusnya merugikan negara dari segi penggunaan modal insan berasaskan kelayakan calon terpilih mengikuti kursus perguruan.

“KGMMB mencadangkan semua Institusi yang melatih guru perlu diperkasakan dengan membuka lebih ruang sebagai tempat memberi latihan kepada warga pendidik dalam perkhidmatan terutama Universiti Pendidikan Sultan Idris dan IPG,” katanya.

Admin
Admin

Posts : 225
Join date : 2010-08-05

View user profile http://tamanceriabelajar.forumotion.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
TIME
Welcome Message
Selamat datang ke Taman Ceria Belajar Forum.

Pembelajaran Kendiri Secara Berforum.

Anda boleh mendapat maklumat pembelajaran dengan mudah

Diharap semuda guru dan pelajar memberi sokongan kepada forum ini.
Hari Kemerdekaan 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53

Back to school 2011
Teaching & Learning Slide Show

Learning Plants


Learning Microorganism
Radio FM Internet Online

Klik pada ikon PLAY untuk FM Online. Tunggu Sebentar.........
Pengumuman Umum

Selamat Cuti Sekolah dari 04.09.2010-12.09.2010

Good Luck to all UPSR student 2010.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Selamat Hari Krismas! (25.12.2010)
即将濒临绝种的动物