Search
Latest topics
Top posters
Admin |
| |||
yying98 |
| |||
Yan6601 |
| |||
Ivy99 |
| |||
Irene Siah |
| |||
wongschai |
| |||
acesilmy |
| |||
Anderson |
| |||
PhyliciaWong96 |
| |||
maiyani |
|
Poll 网上调查
Statistics
We have 1011 registered usersThe newest registered user is Lakshmi21
Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
'Universiti berperanan pupuk perpaduan'
Page 1 of 1 • Share •
'Universiti berperanan pupuk perpaduan'
'Universiti berperanan pupuk perpaduan'
2010/10/11
BATU PAHAT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim bertitah universiti harus berperanan secara berkesan dalam memupuk dan membina perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini.
Baginda bertitah, pembangunan lestari yang bertujuan untuk membangunkan sesebuah masyarakat moden yang makmur dan sejahtera, tidak akan dapat dicapai tanpa wujudnya semangat perpaduan yang kukuh di kalangan seluruh anggota masyarakat.
Sehubungan itu, titah baginda, graduan yang menamatkan pengajian mereka diingatkan supaya dapat menyumbang ilmu dan kepakaran masing-masing untuk agama, bangsa dan negara.
“Dengan berpegang teguh kepada ajaran agama, kita tidak akan melakukan perbuatan yang keji,” titah baginda ketika berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan sidang pertama Majlis Konvokesyen Ke-10 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, semalam.
Hadir sama Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah; anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Tan Sri Ir Jamilus Md Hussin dan Naib Canselor UTHM, Datuk Profesor Dr Mohd Noh Dalimin.
Terdahulu, Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Pro Canselor UTHM bagi bergandingan dengan Pro Canselor sedia ada iaitu Tan Sri Ir Shamsuddin Abdul Kadir.
Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 1,640 siswazah menerima anugerah ijazah doktor falsafah (Phd), sarjana, sarjana muda dan diploma.
Pada majlis yang sama, UTHM menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pendidikan Teknikal kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Imran Idris.
Sultan Ibrahim yang juga Canselor UTHM bertitah, baginda berbangga kerana graduan UTHM mula mengisi keperluan tenaga kerja profesional dalam sektor kerajaan dan industri seluruh negara.
“Kita yakin dengan bertambahnya usia universiti ini, bukan hanya jumlah graduan akan meningkat, malah mutu dan kelayakan graduan akan mendapat pengiktirafan yang semakin tinggi,” titahnya.

Admin- Admin
- Posts : 225
Join date : 2010-08-05
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
» English course/class in Klang, Selangor
» Business English course in Klang, Selangor
» English speaking class in Klang
» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
» English for students in Klang, Selangor
» English classes in Bukit Tinggi, Klang
» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
» English Course at Bukit Tinggi, Klang
» 写作文常犯的简单错误
» 单元练习:同义词、反义词