Sila daftar menjadi ahli forum kami!
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Mandarin course at Bukit Tinggi,Klang
Fri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy

» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy

» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy

» English course/class in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy

» Business English course in Klang, Selangor
Fri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy

» English speaking class in Klang
Thu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy

» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Thu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy

» English for students in Klang, Selangor
Mon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy

»  English classes in Bukit Tinggi, Klang
Tue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Tue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy

» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Thu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy

» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Thu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy

» 写作文常犯的简单错误
Fri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi

» 单元练习:同义词、反义词
Wed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Poll 网上调查
PollPub.com VoteAdakah anda setuju UPSR dimansuhkan
Setuju
Tidak Setuju



View Results

Poll powered by PollPub.com Free Polls
September 2017
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Calendar Calendar

Relax Time for U

ShoutMix chat widget
Statistics
We have 1011 registered users
The newest registered user is Lakshmi21

Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Affiliates
free forum
 
SiteCounter

widgeo.net

Remaja dan akhlak

View previous topic View next topic Go down

Remaja dan akhlak

Post  Admin on Sun Aug 15, 2010 1:57 am

Remaja dan akhlak
Abu Bakar Bin Yang
Pegawai Penyelidik
(Dipetik dari http://www.ikim.gov.my/)

Perkembangan mutakhir, terutamanya menjelangnya abad 21, telah memperlihatkan kepada kita akan gejala yang melanda negara kita berhubung dengan disiplin para remaja. Berbagai pihak telah mengeluarkan hujah-hujah mereka untuk melepaskan diri daripada tuduhan kegagalan mendisiplinkan para remaja terutamanya yang berada di bangku sekolah.

Rata-rata masyarakat hari ini sedang kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula peranan ibubapa dan keluarga? Sejauh manakah keprihatinan pemimpin dalam soal ini? Bagaimana pula reaksi institusi agama dalam menanganinya?

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja khususnya para pelajar dengan kewujudan kumpulan-kumpulan samseng di sekolah-sekolah sejak akhir-akhir ini cukup memilukan hati kita semua, kerana ianya menggambarkan betapa biadap dan runtuhnya disiplin dan akhlak segelintir daripada golongan remaja kita.

Barangkali masih segar diingatan kita bagaimana seorang pelajar 8 tahun ditikam tidak kurang dari sepuluh kali oleh pelajar tingkatan satu pada 21 Jun yang lalu hanya kerana tidak memberikan wang sakunya. Begitu juga bagaimana deritanya seorang pengawas di sebuah sekolah menengah di Kluang Johor dibelasah oleh sekumpulan remaja dengan menggunakan besi dan rotan berpaku pada 3 Julai yang lalu. Betapa hancurnya hati ibubapa seorang remaja perempuan berumur 16 tahun apabila ditahan polis kerana menyertai kumpulan untuk merompak sebuah kondominium Prisma Perdana, Cheras, pada 26 Mei. Lebih menyayat hati kita lagi apabila seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dituduh membunuh wanita berumur 58 tahun kerana tidak memberikannya wang yang diminta pada 24 September yang lalu. Yang terkini dan seolah-olah seperti menjadi barah yang begitu cepat merebak ialah kecenderungan remaja membakar sekolah sebagai tanda protes dan tidak puas hati mereka kepada para guru.

Kes-kes sebegini adalah sebahagian daripada keganasan yang membabitkan para remaja khususnya para pelajar yang ternyata begitu berani mencabar undang-undang. Dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998, kadar jenayah yang melibatkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus, remaja perempuan 25 peratus, dan sepanjang tahun 1998 sebanyak 6338 kes baru yang membabitkan remaja telah dilaporkan. Dalam laporan ini remaja Melayu yang beragama Islam adalah yang paling banyak terbabit! (Berita Harian 12 Julai 2000)

Kumpulan pelajar ini seolah-olah telah hilang pertimbangan diri dan kewarasan fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan perbuatan mereka terkeluar dari jangkaan kita yang waras. Kita juga tentu bersimpati dengan para guru di sekolah-sekolah yang terbabit apabila imej sekolah yang selama ini dianggap mulia, tempat mencurahkan ilmu bagi mendidik anggota masyarakat, telah menjadi mangsa segelintir pelajar yang masih terbelengu dengan perangai yang tidak bertamadun. Bagaikan pepatah 'madu diberi, tuba yang dibalas'.

Segala persoalan berkenaan akan terjawab dengan mengkaji dan menilai kembali pengertian sebenar konsep pendidikan, tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan dalam sesebuah masyarakat dan negara.

Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak, semua patut insaf betapa kemerosotan akhlak dan moral pelajar serta generasi muda menandakan ada kesilapan pada bahagian tertentu pendidikan, sama ada formal atau tidak formal.

Sebelum dikaji konsep pendidikan, kita perlu sedar dan insaf bahawa pendidikan bukanlah tugas pihak tertentu, tetapi adalah amanah dan tanggungjawab semua meliputi individu, ibubapa dan keluarga, pemimpin masyarakat dan negara.

Setiap insan bertanggungjawab, bahkan wajib mendidik dirinya sendiri dengan mencari pelbagai cabang ilmu dan maklumat serta memilih pengalaman hidup yang positif bagi membentuk cara berfikir dan bertindak yang tepat dan dapat diterima oleh agama, budaya dan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang universal. Tegasnya, pendidikan adalah tanggungjawab setiap individu tanpa kompromi.

Dari sudut penakrifannya, pendidikan adalah 'suatu proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada insan'. Prof. Syed Mohd. Naquib al-Attas mendefinisikan pendidikan sebagai 'satu usaha atau proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia'. Dr. Abdul Halim el-Muhammady pula menyatakan bahawa 'pendidikan Islam itu sebagai satu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan as-Sunnah, pengalaman salaf al-soleh serta ilmuan muktabar dengan matlamatnya untuk melahirkan insan yang soleh'. Sementara Imam al-Ghazali pula mengatakan 'pendidikan itu ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik'. Secara umumnya, daripada pandangan-pandangan di atas kita boleh mengatakan bahawa pendidikan itu bersifat dalaman dengan bermatlamatkan melahirkan insan yang sempurna dan berakhlak mulia serta ianya proses yang mengambil masa yang panjang.

Walau apapun definisi yang diberikan, dalam memahami pengertian pendidikan, tiga perkara perlu diberi perhatian iaitu proses pendidikan, jenis ilmu dan konsep insan. Secara formalnya, proses pendidikan dilaksanakan dengan perantaraan pelbagai sistem atau peralatan canggih bagi menyalurkan ilmu dan maklumat.

Bagi golongan pendidik, terutamanya para guru mereka perlulah memiliki minat yang mendalam, kewibawaan ilmu dan keperibadian yang luhur untuk memastikan kejayaan proses pendidikan. Remaja sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang tidak serius, apatah lagi yang boleh dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun dalam perkara yang dianggap remeh seperti merokok, cara bercakap dan berpakaian. Rasa hormat kepada guru adalah antara syarat asas dalam memastikan kejayaan penyaluran ilmu dan nilai-nilai yang baik kepada para remaja.

Dalam konteks tidak formal pula seperti dalam institusi keluarga, ibubapa perlu sentiasa menyingkirkan sifat negatif daripada menjadi amalan dalam rumahtangga. Bayangkan konflik jiwa kepada anak jika ibubapa setiap hari menghantar anak ke kelas fardu a'in tetapi si anak mengetahui ibubapanya tidak pernah sembahyang atau cuma ke masjid seminggu sekali.

Sementara dalam bidang kepimpinan pula, pemimpin perlu mengawasi diri daripada bersikap 'cakap tak serupa bikin' untuk memastikan keberkesanan kepemimpinannya yang juga suatu bentuk pendidikan.

Pendeknya, untuk melahirkan generasi remaja yang berakhlak mulia memerlukan kepada penglibatan yang serius dari semua pihak. Tanpa kerjasama dari setiap pihak yang terlibat akan membantutkan usaha untuk mendisiplin remaja. Kita juga turut bimbang masa depan para remaja kini lebih-lebih lagi di era globalisasi yang tiada lagi batas sempadan komunikasi yang menjanjikan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.

Admin
Admin

Posts : 225
Join date : 2010-08-05

View user profile http://tamanceriabelajar.forumotion.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
TIME
Welcome Message
Selamat datang ke Taman Ceria Belajar Forum.

Pembelajaran Kendiri Secara Berforum.

Anda boleh mendapat maklumat pembelajaran dengan mudah

Diharap semuda guru dan pelajar memberi sokongan kepada forum ini.
Hari Kemerdekaan 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53

Back to school 2011
Teaching & Learning Slide Show

Learning Plants


Learning Microorganism
Radio FM Internet Online

Klik pada ikon PLAY untuk FM Online. Tunggu Sebentar.........
Pengumuman Umum

Selamat Cuti Sekolah dari 04.09.2010-12.09.2010

Good Luck to all UPSR student 2010.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Selamat Hari Krismas! (25.12.2010)
即将濒临绝种的动物