Sila daftar menjadi ahli forum kami!

Join the forum, it's quick and easy

Sila daftar menjadi ahli forum kami!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Mandarin course at Bukit Tinggi,Klang
Simpulan Bahasa / A EmptyFri Aug 11, 2017 4:30 pm by acesilmy

» Kelas Bahasa Inggeris di Klang,Selangor
Simpulan Bahasa / A EmptyFri Aug 11, 2017 4:27 pm by acesilmy

» IELTS Preparation Course in Klang, Selangor
Simpulan Bahasa / A EmptyFri Aug 11, 2017 4:25 pm by acesilmy

» English course/class in Klang, Selangor
Simpulan Bahasa / A EmptyFri Aug 11, 2017 4:20 pm by acesilmy

» Business English course in Klang, Selangor
Simpulan Bahasa / A EmptyFri Aug 11, 2017 4:13 pm by acesilmy

» English speaking class in Klang
Simpulan Bahasa / A EmptyThu Feb 16, 2017 3:06 pm by acesilmy

» Bahasa Inggeris Komunikasi di klang
Simpulan Bahasa / A EmptyThu Feb 16, 2017 1:51 pm by acesilmy

» English for students in Klang, Selangor
Simpulan Bahasa / A EmptyMon Nov 16, 2015 5:58 pm by acesilmy

»  English classes in Bukit Tinggi, Klang
Simpulan Bahasa / A EmptyTue Jun 30, 2015 4:17 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Klang
Simpulan Bahasa / A EmptyTue Jun 30, 2015 4:14 pm by acesilmy

» Pusat Bahasa Inggeris di Bukit Tinggi, Klang
Simpulan Bahasa / A EmptyThu May 28, 2015 2:44 pm by acesilmy

» Basic Mandarin for adults in Klang, Selangor
Simpulan Bahasa / A EmptyThu May 28, 2015 2:41 pm by acesilmy

» English Course at Bukit Tinggi, Klang
Simpulan Bahasa / A EmptyThu May 28, 2015 2:36 pm by acesilmy

» 写作文常犯的简单错误
Simpulan Bahasa / A EmptyFri Dec 05, 2014 10:01 pm by hs ooi

» 单元练习:同义词、反义词
Simpulan Bahasa / A EmptyWed Jun 26, 2013 4:45 am by lokeeezhen

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Poll 网上调查
PollPub.com VoteAdakah anda setuju UPSR dimansuhkan
Setuju
Tidak Setuju



View Results

Poll powered by PollPub.com Free Polls
March 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Calendar Calendar

Relax Time for U

ShoutMix chat widget
Statistics
We have 1011 registered users
The newest registered user is Lakshmi21

Our users have posted a total of 753 messages in 488 subjects
Affiliates
free forum
 
SiteCounter

widgeo.net

Simpulan Bahasa / A

Go down

Simpulan Bahasa / A Empty Simpulan Bahasa / A

Post  Irene Siah Thu Aug 12, 2010 5:07 pm

A

* abang angkat: lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
* abang ipar: suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
* abang kandung: abang yang seibu sebapa.
* abu angin: telah musnah sama sekali.
* Abu Dajal: orang jahat yang suka mengganggu orang lain.
* Abu Jahal: orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan; suka membuat kacau dan mengganggu sesuatu kerja baik.
* Abu Lahab: (sila lihat juga Abu Jahal.)
* Abu Nawas: orang yang pandai mencari helah dengan akalnya untuk melepaskan diri daripada sebarang bencana.
* ada-ada: ada sesuatu.
* ada akal: cara menyelesaikan sesuatu masalah.
* ada angin: orang yang berperangai luar biasa dengan fikirannya yang tidak tentu; orang yang mempunyai sikap tidak tetap kelakuannya sering berubah-ubah pada masa tertentu.
* ada bakat: berkebolehan dalam bidang tertentu.
* ada can: ada peluang.
* ada gaya: ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
* ada hati: menaruh keinginan yang melebihi kesanggupan pada sesuatu atau ada kemahuan untuk membuat sesuatu.
* ada harta: orang yang kaya atau berharta.
* ada jalan: ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
* adat balai: adat dalam istana raja.
* adik angkat: seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
* adik ipar: adik kepada isteri atau suami.
* adik kandung: adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
* adu buku: bertinju.
* adu domba: melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.
* adu kening: berhadap-hadapan muka.
* adu lengan: beradu kekuatan.
* adu nasib: mencari rezeki.
* adu untung: (sila lihat juga adu nasib.)
* air mandi: sudah menjadi kebiasaan.
* air muka: (a) rupa, wajah; air muka seseorang. (b) maruah.
* air pasang: paras air laut yang meningkat.
* air sembilan: air yang digunakan untuk memandikan mayat.
* air setaman: air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
* air surut: paras air laut yang turun.
* ajak-ajak ayam: tidak sungguh-sungguh mempelawa; mempelawa tanpa kesungguhan.
* akal belut: orang yang pandai tipu muslihat.
* akal kancil: (sila lihat juga akal belut.)
* akal sejengkal: orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
* alas cakap: (a) penjelasan yang dibuat bagi menguatkan sesuatu kenyataan. (b) percakapan yang tertib.
* alas kata: (sila lihat juga alas cakap.)
* alas perut: makan sedikit supaya tidak lapar.
* alih akal: berubah pendapat atau fikiran.
* alih angin: berpindah tempat tinggal.
* alih muka: menyamar.
* alim kucing: orang jahat yang berpura-pura berkelakuan baik.
* aliran masa: perubahan masa.
* aliran masyarakat: kehendak masyarakat.
* ambil abu: maksud yang tidak kesampaian.
* ambil ada: berpuas hati dengan apa yang ada.
* ambil angin: berjalan-jalan atau bersiar-siar di tempat luar rumah yang nyaman udaranya untuk menghilangkan penat.
* ambil bahagian: menyertai.
* ambil berat: beri perhatian.
* ambil haluan: membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
* ambil hati: (a) menarik perhatian seseorang atau membuat sesuatu supaya yakin kepadanya atau disukai orang; memikat hati. (b) perubahan sikap kerana tersinggung; merajuk atau menaruh perasaan marah.
* ambil ibarat: menjadikan sesuatu sebagai teladan.
* ambil ingatan: dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
* ambil muka: membuat sesuatu supaya disukai.
* ambil sumpah: disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
* ambil tahu: memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
* anak Adam: umat manusia.
* anak air: sungai kecil.
* anak angkat: anak orang lain yang dijadikan, dibela, atau dipelihara sebagai atau seperti anak sendiri.
* anak bapa: seseorang atau orang yang gagah, berani, atau handal.
* anak baju: baju dalam.
* anak buah: orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga, anak saudara (anak kepada abang, kakak, atau adik yang ada hubungan kekeluargaan); pengikut, rakyat, atau orang-orang yang di bawah jagaan seorang ketua.
* anak bukit: bukit kecil.
* anak bulan: bulan baru, satu haribulan Hijrah.
* anak dara: budak perempuan (gadis) yang belum berkahwin.
* anak didik: orang di bawah jagaan kita.
* anak emas: anak atau orang yang sangat disayangi; orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
* anak gahara: anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
* anak haram: anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
* anak jantan: orang lelaki yang berani sifatnya.
* anak kandung: anak yang dilahirkan sendiri.
* anak kapal: orang yang bekerja sebagai kelasi dalam sesebuah kapal.
* anak mata: bulatan di tengah mata.
* anak negeri: rakyat sesebuah negeri.
* anak perahu: (sila lihat juga anak kapal.)
* anak piatu: anak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
* anak pungut: (sila lihat juga anak angkat.)
* anak sungai: sungai kecil yang mengalir dalam sebatang sungai yang lebih besar.
* anak tangga: tempat berpijak atau terpijak sebuah tangga.
* anak teruna: pemuda yang belum berkahwin.
* anak tiri: (a) bukan anak kandung kepada ayah atau ibu yang baru. (b) orang yang tidak diberikan perhatian sewajarnya.
* anak tunggal: anak satu-satunya.
* anak tut: (sila lihat juga anak angkat.)
* anak yatim: anak yang sudah kematian ibu atau bapanya.
* anak yatim piatu: anak yang sudah kematian ibu dan bapa serta tiada saudara mara.
* angin-angin: khabar atau berita yang belum dapat dibuktikan atau belum tentu betulnya.
* angkat alis: kehairanan.
* angkat bahu: tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
* angkat bakul: sifat seseorang yang suka memuji diri sendiri.
* angkat diri: sombong.
* angkat kaki: cabut atau pergi dengan segera dari tempat itu; melepaskan diri apabila ada kesusahan.
* angkat kening: (sila lihat juga angkat alis.)
* angkat mata: (a) berani menentang atau melawan. (b) selesai daripada membuat kerja berat.
* angkat muka: seseorang yang berperasaan megah dan sombong kerana kelebihan yang diperoleh.
* angkat nama: terkenal.
* angkat senjata: berperang.
* angkat suara: meninggikan suara.
* angkat sumpah: (sila lihat juga ambil sumpah.)
* angkat topi: menghormati.
* anjing hitam: orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
* anjing kurap: orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
* api peperangan: perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.
* api percintaan: perasaan cinta yang meluap-luap.
* arang di dahi: mendapat malu.
* arang di kening: (sila lihat juga arang di dahi.)
* arang di muka: (sila lihat juga arang di dahi.)
* asam garam: pengalaman; susah senang dalam kehidupan.
* atas angin: negara-negara atau negeri-negeri Eropah atau di sebelah barat termasuk Asia Barat.
* atas nama: menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
* atas pagar: (a) berkecuali; seseorang yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak. (b) tidak masuk campur. (c) tidak lulus dan tidak gagal (sederhana).
* ayam jalak: orang yang berani.
* ayam tambatan: seseorang yang menjadi orang harapan seseorang atau orang lain dalam sesuatu pertandingan.



PAPAN E-PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNTUK BAHASA MALAYSIA SJK
Irene Siah
Irene Siah

Posts : 53
Join date : 2010-08-09
Age : 28

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
TIME
Welcome Message
Selamat datang ke Taman Ceria Belajar Forum.

Pembelajaran Kendiri Secara Berforum.

Anda boleh mendapat maklumat pembelajaran dengan mudah

Diharap semuda guru dan pelajar memberi sokongan kepada forum ini.
Hari Kemerdekaan 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53

Back to school 2011
Teaching & Learning Slide Show

Learning Plants


Learning Microorganism
Radio FM Internet Online

Klik pada ikon PLAY untuk FM Online. Tunggu Sebentar.........
Pengumuman Umum

Selamat Cuti Sekolah dari 04.09.2010-12.09.2010

Good Luck to all UPSR student 2010.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Selamat Hari Krismas! (25.12.2010)
即将濒临绝种的动物